Wednesday, 21 December 2011

Hinakah sangatkah aku????

aku nekad 31/12 ialah hari terakhir aku berada disini.. walau apapun yang jadi aku tetap akan pergi dari sini.. semakin lama aku berada disini, semakin hati aku terluka..semakin dalam hati aku dihiris..aku dah tak sanggup.. biar ajelah aku yang pergi asalkan dia bahagia.. tak ingin aku jadi beban untuk dia.. walaupun sayang aku pada dia terlalu besar..aku memang bukan orang yang baik. bukan adk yang baik bukan anak yang baik.. aku nie jahat.. aku ambik rokok, arak..satu jew yang tak pernah aku sentuh.dadah.. kini aku hilang segalanya... apa yang aku punya.. tapi tak adakah ruang dan peluang untuk aku berubah sebelum mak aku tahu segalanya.. aku tak nak mak aku tahu.. aku tak nak hati dia terluka.. cukup lah dengan perangai bapak aku.. aku cuma mintak peluang untuk aku bahagiakan mak aku dan kakak aku.. selepas itu apa nak jadi pada aku, aku dah tak kisah... cukup aku dapat tengok mak aku hidup senang..kakak aku bahagia dan semua impiannya tercapai.. hanya itu yang aku nak..aku tak kisah aku hidup susah..tak kisah pun bila semua impian dan cita-cita aku tak tercapai kerana bagi aku, aku bahagia bila aku dapat buat orang yang paling aku sayang dan yang paling penting dalam hidup aku bahagia..

aku mencari peluang untuk berubah.. aku tak nak kembali pada aku yang dulu.. jika tiada peluang untuk aku, macam mana aku nak berubah... hina sangat kew aku nie.. hina sangat kew orang yang tak punya agama dalam hidup dia.. ya tuhan, kuatkan hatiku, teguhkan imanku...

No comments:

Post a Comment