Thursday, 29 September 2011

???????

Bukan niat aku membenci, tapi aku tak leh terima sesiapa pun yang melukai hati dia.. Bukan aku membenci, cuma marah kerana dia terluka kerana orang itu.... tapi marah aku tak pernah lama.. aku bukan jenis yang suka berdendam dan bukan diri aku bila aku menyimpan dendam.. cuma sakit hati aku melihat dia terluka... aku tak tahu kenapa rasa itu harus ada.. Aku sedar aku bukan sesiapa pun dalam hidup dia... Aku berusaha untuk dia bahagia.. Dia punya impian dia yang dah lama dia inginkan.. Saat semua itu menjadi kenyataan, aku akan pergi dari hidup dia.. takkan wujud lagi dalam hidup dia... yang aku inginkan cumalah kebahagiaan dia... Disaat aku bertemu dengan orang yang aku yakin akan menyayangi dia lebih dari aku menyayangi dia.. mencintai dia sepenuh hatinya.. sanggup berkorban untuk dia.. Aku akan pergi dari kehidupan dia... Aku terima semua ahli keluarga dia.. Aku anggap ahli keluarga dia macam keluarga aku sebab tue aku sanggup buat apa saja untuk tolong dia dan keluarganya.. Walaupun kekadang aku sendiri ada masalah... tapi aku tetap tolong dia hanya kerana rasa sayang aku pada dia... Aku tak harapkan apa-apa balasan cukup bagi aku dia bahagia... itu aja yang aku nak buat dia...hanya itu...dia terlalu istimewa dalam hidup aku.. terlalu istimewa... tiada orang lain yang boleh dan dapat ganti dia dalam hati aku...

Saturday, 17 September 2011

APA KESALAHAN AKU PADA KORANG?????????

Apa salah aku kat korang???kenapa korang nak musnahkan kebahagiaan aku??? Kenapa??? begitu banyak halangan untuk aku memiliki dia. Ada saja insan yang cuba pisahkn aku dan dia... Apa salah aku??? Kenapa terlalu payah untuk aku memiliki cinta dalam hidup aku. kenapa harus ada insan yang mencemburui hubungan kami.. Apa salah aku??? kenapa ada jew orang yang jaja cerita buruk aku pada dia???? Apa salah aku kat korang????? kenapa korang buat aku macam nie??????? kekadang aku dah tak sanggup nak teruskan hubungan nie.. tapi hati aku tak mampu nak melepaskan dia.. aku cintakan dia.. hanya dia satu-satunya lelaki yang aku inginkan... tapi kenapa terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuh.. Akan kuatkan hubungan kami???Akan goyahkan perasaan dia pada aku nanti...

HMMMMM...........

Terkadang terbit rasa cemburu di hati aku bila dia rindukan orang lain lebih dari aku, bila kasih sayang dia lebih banyak tertumpah untuk orang lain.kenapa bukan aku yang dia rindu, bukan aku yang dia sayang, bukan aku yang dia inginkan untuk ada disisi dia.. Mungkin jugak tak ada lansung rindu dia untuk aku..Apakah kasih sayang aku tak bermakna langsung buat dia.. Adakah aku hanya sandaran dia bila dia perlukan seseorang.. Mengapa hati ini selalu merelakan segalanya. Walaupun sakit yang aku rasakan.. Persoalan itu yang selalu bermain di minda aku.. Terasa aku hanya beban dalam hidup dia... Penghalang kebahagiaan dia.. Aku ingin membahagiakan dia tapi apalah daya aku.. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia.. Aku akui terlalu payah untuk aku berkongsi dia dengan orang lain.. Aku ingin dia jadi milik aku seorang saja. Tak nak berkongsi kasih sayang, rindu dan perhatian dia dengan orang lain.. tapi aku tahu aku tak patut buat semua tue.. Halang dia menyayangi orang lain sedangkan dia ada hak untuk menyayangi sesiapa pun. Tapi  kenapa hati aku tak merelakan semua itu.. Adakah aku takut kehilangan dia sebagaimana aku pernah kehilangan dia. Perasaan takut menyelubungi aku. Takut sekiranya aku bukan lagi orang yang dia sayang.. Aku tak nak apa yang aku lakukan buat dia semakin menjauh dari aku. Tapi apakah daya aku bila hati aku terlalu menyayangi dia.. Bila hati aku tak merelakan semua tue, terseksa diri aku.. Kenapa begitu besar sayang aku untuk dia.. Kenapa aku begitu pentingkan diri sendiri... Kenapa harus ada rasa cemburu..Kenapa perlu wujud perasaan nie dalam hati aku.. Terseksa aku menanggung semua nie.. Tak mampu nak  memikul beban ini... Aku ingin melihat dia bahagia, tapi bila dia menyatakan yang dia sangat menyayangi seseorang, hati aku rasa sakit..perasaan cemburu mula hadir. kenapa harus ada perasaan nie.. kenapa aku tak mampu nak kawal perasaan sayang aku pada dia... Aku binggung..

Thursday, 15 September 2011

KINI AKU KESUNYIAN

Saat ini kawan aku dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.Lepas nie aku dah tak dapat jumpa dia. Baru jew seminit lepas aku hantar dia balik rindu dah mula menerpa.. Airmata seakan mahu keluar. Bukan senang aku nak jumpa dengan dia. Bila bersama dia aku rasa seronok sangat. kami asyik ketawa saling mengusik..Ceria aje hidup aku beberapa hari nie bila dia ada. Terasa sekejap sangat dia ada kat sini..Entah bila lagi kami dapat jumpa.. Bila ada jodoh jumpa lah kami.. Semoga kami dapat berjumpa lagi. Semalam malam terakhir aku bersama dia. Kami keluar shopping bersama. Habis semua kedai kat situ kami masuk.. Memang shopping sakan. Pastue kami pergi makan kat kuala perlis dengan roomate dia. Seronok sangat.. 5 orang makan rm105. Menu kami ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, air laici dan sup ayam..Pulun lah kami makan sampai kenyang. Bila nak balik kereta plak rosak. Aduhai.. nak balik kolej memang dah lambat. Dah kul 11 lebih. Dah xdapat masuk. Nak berani mati kami tak berani.. Takut kami punya result samgkut.. Alih-alih kami tidur kat motel. Pagi-pagi kami keluar jalan masuk uitm. Pagi2 lagi dah exercise jalan kaki.. Itulah kenangan terakhir aku dan kawan aku.Seronok. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Aku abadikan kat sini supaya aku dapat ingat kenangan nie sampai bila-bila pun..Aku doakan kawan aku selamat sampai ke destinasinya....Harapan aku agar kami ada masa untuk bersama lagi...

Tuesday, 13 September 2011

BAHAGIANYA HIDUPKU KINI

Hari nie hari ketiga aku bersama dengan kawan baik aku.. Sejak dia balik ke arau untuk present report sepanjang dia praktikal. Rindu sangat aku kat dia.. Hari pertama jumpa dia rasa seronok sangat hidup aku.. Asyik ketawa aje.. Seronok bila dia ada. Ada teman aku nak mengusik. Teman pergi shopping, jalan-jalan dan makan.. Sepanjang hari aku tersenyum dan ketawa.Bahaginya hanya tuhan aje yang tahu.. Minggu depan dah mula final exam. Aku kena kerja kuat untuk final kali nie.. Kena naikkan cgpa aku.. dah teruk.. lagipun nie tahun terakhir aku study. .Lepas nie aku tak sambung study lagi. .terus cari kerja. Sekarang nie pun sedang mencari kerja.. Aku nak kumpulk duit. Untuk bina masa depan aku. Masa depan kakak aku.. Aku tak nak tengok dia susah. Biarlah aku yang berkorban untuk kebahagiaan dia. Aku sedar apa pun yang aku buat orang lain pandang sia-sia tapi  bagi aku dia tetap kakak aku walaupun kekadang aku harus terima hakikat apa pun yang aku buat aku tetap bukan sesiapa dalam hidup dia. Sejauh mana aku menafikan aku tetap jugak bukan adik dia. Tetap orang asing pada pandangan orang lain.. Aku tahu mungkin terlalu banyak menyusahkan dia dengan masalah aku. tapi aku tak mampu hidup tanpa dia. tanpa kehadiran dia aku mungkin dah lama duduk kat mental hospital.Aku bersyukur tuhan temukan aku dan dia. Sangat bersyukur bila kasih sayang yang kuat wujud antara kami.. Aku sayang dia.

Aku memang tak berapa sihat.. nak kata demam badan aku tak panas cuma selsema jew yang buat aku tak selesa. Nak study pun tak senang. Tambah2 lagi housemate dulu plak duduk kat rumah. nak present report untuk praktikal. So semakin sempit bilik aku. Nak tak nak aku cabut lepak kat rumah jpk. Nasib baik aku baik dengan diaorang.. Seronok bila lepak kat sana asal aku kat bilik jew mesti aku rasa serabut.. Balik bilik tidur aje. bangun g kelas balik kelas terus g lepak kat sana. Petang balik mandi pastue g lepak kat sana lagi.. Dah ngantuk baru balik bilik. Ok lah dah tak tahan dengan selsema yang semakin hebat bertarung dengan aku.. kena g tidur dah...bye2

Sunday, 4 September 2011

AKUKAH YANG BERSALAH????

hari nie aku berterus terang dengan dia tetang hasnor. Aku tahu dia kecewa dengan aku.. Memang aku sembunyikan dari dia. Aku tak nak dia salah faham..Dan hari nie jugak sekali lagi aku buat dia menangis. Aku akui ada jugak beberapa kali aku keluar dengan Hasnor tapi cuma atas dasar kawan. Tak lebih dari itu. Serba salah aku dibuatnya.. Akukah yang bersalah kerana selalu menyakiti dia. Selalu abaikan dia. selalu mementingkan kakak aku dari dia. Akan tawarkah hatinya dengan cinta yang aku beri. Aku keliru saat nie. Hati aku rasa nak menangis. Bukan kerana dia. kerana keperitan yang aku lalui.. Sampai bila harus aku lalui hidup sebegini. Krisis mak dan ayah masih belum selesai.. Kini krisis hubungan cinta pula yang melanda.. Apa yang harus aku lakukan.. Aku buntu.. Ya tuhan tunjukkan aku jalanmua.. Tabahkan hatiku.. Kuatkan imanku... Aku tak inginkehilangan dia. Andaj bukan jodohku aku redha.. Selesaikan segala kekusutan ini.. Betapa perit hidup yng harus aku tempuhi.. Aku perlukan seseorang saat nie..