Monday, 9 May 2011

duhai sayangku

duhai sayangku,
tabahkan hatimu,
kuatkan imanmu,
dikala kau berduka
dikau tahu ku sentiasa disisi.
dikala dikau perlukan teman,
dikau tahu ku sandarkan bahuku untukmu,
bila kau perlukan semangat,
dikau tahu ku tak pernah culas,
walaupun kala ku perlu dikau,
kau selalu dengan duniamu,
walaupun hatiku terluka,
namun kasih sayangku padamu pengubat segalanya,

duhai sayangku,
tetapkan imanmu,
cekalkan hatimu,
ku tahu jalan hidupmu penuh ranjau,
jangan kau mudah berputus asa,
dikau tahu ku sentiasa ada,

duhai sayangku,
sungguh aku amat menyayangimu,
sungguh dikau lah yang paling ku sayangi,
sungguh dikau lah segalanya untukku,
hatiku tak mampu membenci dirimu,
walau sedalam mana luka kau toreh,
sepedih mana hatiku kau hiris,
kasihku tetap kental,
sayangku tetap utuh.

duhai sayangku,
andai satu hari nanti aku telah tiada,
jangan tangisi pemergianku,
kerna aku tetap ada dalam hatimu,
tetap bernyawa dalam tiap hembus nafasmu,
janjiku padamu akan tetap ku pegang sehingga ke akhir nafasku,
satu yang harus kau ingat selalu,
aku menyayangimu sepenuh hatiku...terlalu menyayangimu...
tiada insan lain yang mampu menandingi kasih sayangku untukmu...

dikala aku berduka

dikala aku berduka,
dikau hadir membawa satu keindahan,
dikala aku berduka,
dikau tiba dengan hati yang gembira,
walau aku berduka,
dikau tetap ceria,
walau aku bersedih,
dikau tetap ketawa,
dulu waktu aku berduka,
dikau selalu berkata
luka itu akan indah bila kita merasa kepedihannya,
aku tidak mengerti,
sungguh aku binggung dikala itu,
dikau berkata lagi andai aku hanya merasa keindahan
maka hilanglah nikmat hidup di dunia,
kata-kata membuat aku makin binggung,
dikau hanya tertawa bila aku berkata
aku makin tidak mengerti apa yang cuba dikau sampaikan,
sampai saat ini bila aku berduka
kata-katamu selalu ku ingat,
walaupun ku masih belum mengerti,
dikala aku berduka,
dikau hadir lagi,
kali ini bukan kata-kata yg menutur dibibirmu,
dikau hanya diam memerhatiku,
aku termangu,
kini baru aku mengerti apa yang kau cuba katakan dulu..
hargai kepahitan yg berlaku dalam hidup dan dikau akan tahu betapa bernilainya sebuah keindahan...