Tuesday, 26 April 2011

ADIK

Aku ingat lagi satu hari ketika aku dan adik pulang dari sekolah, abah marah-marah. Hatiku tertanya-tanya. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, abah bertanya "sapa yang ambik duit abah dalam poket baju??".Aku terdiam. Aku yang mengambil duit itu semata-mata untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan gadis sebaya aku."hmm..along yang...".
"abah, adik yang ambik",pantas adik memintas apa yang ingin aku katakan. Abah terus mengambil rotan dan memukul adik. teruk juga adik dipukul. habis berbirat badan dan kaki adik.Aku lihat dahi adik berkerut menahan sakit. "sakit dik??", tanyaku.Adik hanya tersenyum. "tak la.. adik kan lelaki. adik kuat..",jawabnya..Hatiku sayu melihat adik yang tidur merengkot pada malam itu. Lalu aku menghampiri adik, ku sapukan minyat gamat pada badan dan kakinya. Adik terjaga. "terima kasih dik."kataku.Airmataku menitis di depan adik. "kak, jangan la nangis. selagi adik ada, adik kan jaga akak baik-baik.adik sayang akak"katanya.

Aku masih ingat lagi ketika itu aku dapat surat tawaran dari universiti. Abah dan ibu bahagia sangat tapi abah tak mampu nak menanggung segala kos. Aku berkata pada abah, "tak apalah.. biar along kerja jew. Abah tak payah la nak kerja kuat-kuat.". Sedangkan dalam hati aku teringin untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lagi tinggi. Satu hari adik berkata pada abah."Abah, biar adik jew la yang berhenti belajar. nanti along dapat sambung belajar".
"kau nie nak jadi ape?? aku tak izinkan kau berhenti belajar". Malam tue abah marah-marah adik lagi. kesian adik. kerana aku abah mula bencikan adik. maafkan akak, dik.Pagi itu aku ke bilik adik. Biliknya kosong yang tinggal hanya secebis surat.













Abah, ibu dan kak long, maafkan adik kerana pergi tanpa izin. biarlah adik pergi untuk mencari rezeki buat kak long. Halalkan makan minum adik. doakan keselamatan adik sepanjang adik diperantauan. Kak long berjanjilah pada adik yang kak long akan berjaya capai impian kak long.
sejak dari itu aku jarang mendapat berita dari adik. Aku rindu adik.Surat terakhir dari adik menyatakan dia berkerja sebagai buruh dan tiap-tiap bulan dia mengirimkan wang buat aku yang kini berada di tahun akhir pengajianku.



Satu hari teman sebilikku berkata ada seorang budak dari kampung ingin bertemu aku. Aku berlari keluar. dari jauh kau lihat adik berdiri di depan pintu pagar. "Adik.. kenapa cakap kat kawan akak budak dari kampung??kenapa tak cakap jew adik akak."kataku padanya. Dia hanya tersenyum "nanti akak malu bila kawan-kawan akak tengok adik kakak comot camnie". Sayu hatiku melihat keadaan adik. tangannya kasar.penuh dengan parut. kulitnya hitam.



Hari ini, tamatlah sudah pengajianku. Adik berjanji akan hadir pada majlis konvokesyen tapi puasku mencari di sekeliling dewan tapi tiada tanda adik akan datang. Tiba-tiba aku terima panggilan dari abah. Abah kata adik kemalangan di tempat kerja dan sekarang berada di hospital. Aku bergegas menahan teksi. sepanjang perjalanan ke hospital aku sentiasa berdoa Ya tuhan selamatkanlah adikku.. dialah satu-satunya adik yang ku punya. jauhkan lah dia dari maut.

setibanya di hospital, aku tergamam melihat abah menenangkan ibu. dengan langkah yang perlahan aku berjalan ke arah ibu. ibu terus memeluk aku dan berkata adik dah pergi. Air mataku berlinang. Adik kenapa tak tunggu akak sampai dulu. kenapa adik???kenapa adik pergi tanpa sempat akak balas segala pengorbanan adik???hatiku merintih.hingga saat ini dialah adik yang terbaik dalam hidup aku.dari jauh ku selalu berdoa agar adik bahagia disana..

Monday, 25 April 2011

mayat bayi dalam beg

betapa sayu hati terbaca berita yang begitu menyayat hati..anugerah yg diberi dipersia-siakan. anugerah tuhan yg paling bermakna. kalau disekolah anak-anak dapat anugerah betapa riangnya hati ibu n ayah tp bila diberi anugerah oleh pencipta alam semesta kenapa mereka perlu dipersiakan..itulah manusia yg tiada anak tercari-cari, merayu pada tuhan, yg ada anak pula dijadikan mangsa dera sehingga hilang nyawa pastu buang macam bangkai..aduh...sakitnya hati..kenapa manusia semakin kejam sekarang nie???kejadian bunuh semakin menjadi-jadi,xkurang jua ngan kes dadah,pondan, mak nyah, anak lari dr rumah..dunia dunia...makin tenggelam ditelan arus teknologi, makin lemas pegangan manusia...

salam 1 malaysia...

hari ini hari pertama aku ngan blog nie.. baru nak berjinak-jinak.. aku berharap ngan adanya blog nie dapat aku curahkan segala ilham yg selalu bertandang dalam fikiran.. dan disini jualah aku berharap akan ada peminat utk segala hasil dari ilhamku..kau ilham ku nama blog diberi utk semua insan yg selalu disisi ku..tanpa mengira susah dan senang sentiasa disisi ku..insan-insan inilah sumber ilhamku.. dan pembakar semangat ku untk terus berjuang utk mengapai impianku...segala curahan yg ada diilhamkan utk mereka yg selalu menceriakan hari-hariku..