Wednesday, 21 December 2011

Hinakah sangatkah aku????

aku nekad 31/12 ialah hari terakhir aku berada disini.. walau apapun yang jadi aku tetap akan pergi dari sini.. semakin lama aku berada disini, semakin hati aku terluka..semakin dalam hati aku dihiris..aku dah tak sanggup.. biar ajelah aku yang pergi asalkan dia bahagia.. tak ingin aku jadi beban untuk dia.. walaupun sayang aku pada dia terlalu besar..aku memang bukan orang yang baik. bukan adk yang baik bukan anak yang baik.. aku nie jahat.. aku ambik rokok, arak..satu jew yang tak pernah aku sentuh.dadah.. kini aku hilang segalanya... apa yang aku punya.. tapi tak adakah ruang dan peluang untuk aku berubah sebelum mak aku tahu segalanya.. aku tak nak mak aku tahu.. aku tak nak hati dia terluka.. cukup lah dengan perangai bapak aku.. aku cuma mintak peluang untuk aku bahagiakan mak aku dan kakak aku.. selepas itu apa nak jadi pada aku, aku dah tak kisah... cukup aku dapat tengok mak aku hidup senang..kakak aku bahagia dan semua impiannya tercapai.. hanya itu yang aku nak..aku tak kisah aku hidup susah..tak kisah pun bila semua impian dan cita-cita aku tak tercapai kerana bagi aku, aku bahagia bila aku dapat buat orang yang paling aku sayang dan yang paling penting dalam hidup aku bahagia..

aku mencari peluang untuk berubah.. aku tak nak kembali pada aku yang dulu.. jika tiada peluang untuk aku, macam mana aku nak berubah... hina sangat kew aku nie.. hina sangat kew orang yang tak punya agama dalam hidup dia.. ya tuhan, kuatkan hatiku, teguhkan imanku...

Saturday, 17 December 2011

berkorban apa saja

demi dia, demi kasih sayang aku pada dia, demi janji aku pada dia, aku lepaskan peluang di depan mata.. peluang untuk aku bina kerjaya aku..masa depan aku.. demi dia, sanngup aku lepaskan peluang yang sudah terang depan mata aku.. peluang aku untuk membuktikan pada orang yang selama nie pandang rendah pada aku.. yang mengatakan aku bergantung pada kakak aku.. peluang aku untuk bukak mata-mata manusia yang pandang aku nie macam sampah.. xde kew peluang aku untuk berubah.. ntah la.. hati manusia tak siapa tahu.. hilang peluang aku untuk bina kerjaya aku.. aku tak menyesal.. tapi aku kecewa.. peluang sudah ada di depan mata tapi aku tak mampu nak capai.. aduhai.. tuhan cubaan apa lagi yang engkau berikan... terima kasih untuk cubaan ini tuhan..

Friday, 16 December 2011

tak tahu nak cakap

semakin hari semakin aku ingin pergi jauh.. kalau niat ikhlas nak menolong tak perlu mengungkit. tak perlu mintak2.. tak perlu merungut.. kekadang aku tak paham , apa niat diaorang bawak aku datang ke sini.. ntah la .. hati manusia susah nak diramal.. pada mulanya aku datang, hanya untuk jaid teman kakak aku bila dia susah. bila dia bersedih.. sekurang-kurangnya aku ada disisi dia.. tapi sekarang aku tak nampak kat mana tujuan aku ada kat sini. apa tujuan aku.. ntah la.. rasa kosong sangat hidup aku.. dah hilang semua tujuan, impian aku.. kat mana silapnya pun aku tak tahu.. aku tahu dia paling tak suka orang yang mungkir janji.. aku akui aku mungkiri janji aku pada dia.. tapi aku buat semua tue, cuma inginkan perhatian dari dia.. hanya itu satu-satunya sebab aku buat macam tue.. perhatian yang selama ini aku impikan dari dia.. apa pun yang berlaku, hati aku tetap sayangkan dia. terlalu besar sayang aku untuk dia.. tak pernah berubah.. walaupun dia pentingkan diri sendiri, aku tak pernah kisah kerana bagi aku dia segalanya.. hanya dia yang selalu menjadi kesayangan aku.. aku akan tunaikan impian dia.. itu janji aku pada dia.. janji aku pada diri aku sejak aku kenal dia.. semoga tuhan berkati dan tunjukkan jalan untuk niat ikhlas aku buat dia.. aku sayang dia..selamanya hanya dia kakak aku..

Thursday, 15 December 2011

masalah datang lagi...

tak aku sangka selama nie, kak mas songsang orangya..luarannya perempuan tapi jiwanya lelaki..patutlah selama nie,bila aku datang kerja jew, pasti ada kesan love bite kat leher dia.. nak bertanya takut plak, aku diamkan aje.. Aku rasa pelik kenapa kak mas benci sangat dengan lelaki dan dia sangat menghargai kecantikkan yang dimiliki seorng perempuan. rupanya ini rahsia yang dia sembunyikan dari aku.. ya tuhan dugaan apa lagi yang engkau berikan kali nie.. patutlah kak zie cemburu bila aku rapat dengan kak mas.. sekarang nie, kak zie plak yang bergaduh dengan aku.. sakit kepala..rasa nak lari balik kampung..lagi tenang hidup aku.. bila aku nak berhenti, kak zie suruh aku kerja. at least pun sampai urusan kak mas untuk anak dia settle..so aku dah janji nak berhenti lepas kak mas settlekan hal anak dia.. cukup bulan nie,aku balik kampung.. kakak aku pun dah halau aku.. lebih baik aku balik dari aku terus keruhkan keadaan.. dan aku tak nak terus ada kat sini.



kalau dulu, aku lah sandaran untuk dia, kini aku tak tahu mana kedudukan aku..adakah aku masih adk dia @ cuma sampah bagi dia.. ntah la.. puas aku mencari kat mana silap aku.. sampai sekarang aku masih belum jumpa.. kenapa semua nie harus terjadi antara aku dan dia.. sayang, berat hati aku untuk melepaskan. aku cuma berharap, ada ruang dan peluang untuk aku perbetulkan semuanya.

Wednesday, 14 December 2011

untuk satu-satunya kakak kesayanganku...

Akak, adk mintak maaf..adk sygkan akak..sampai bila-bila pun hanya satu kakak adk..akak.. kerana akak adk masih ada harapan untuk hidup. kerana akak adk ada hala tuju..tanpa akak hidup adk umpama layang-layang terputus talinya.. kenapa aka buang adk??? teruk sgt kew adk nie pada pandangan mata akak..adk tahu akak sayangkan adk..tolong kak jangan buat adk macam nie.. adk perlukan akak... maaf adk jadi beban untuk akak... adk tak nak jadi beban untuk akak, adk cuma nak kurangkan beban akak, adk tak mampu nak lepaskan akak.. adk berusaha untuk melepaskan akak.. sedang berusaha melepaskan akak... jangan seksa jiwa adk kak.. adk tak mampu hidup tanpa akak. adk tak mintak akak pulangkan apa yang pernah adk bagi pada akak.. adk ikhlas.. adk halalkan semuanya.. tak perlulah akak nak pulangkan semuanya.. adk buat semua nie kerana sayang.. tak apalah adk berkorban..untuk akak.. apapun adk sanggup buat.. adk pernah berjanji bencilah akak pada adk sejauh mana pun, layanlah adk seburuk mana pun, adk takkan berganjak seinci pun dalam hidup akak.. larilah jauh mana pun, adk tetap akan kejar akak.. sampai adk mati, adk takkan pergi dari hidup akak.. adk tahu adk perlukan akak dan akak perlukan adk.. selagi impian akak tak tercapai selagi itu adk ada untuk akak.. adk akan tetap ada disisi akak.. kalau betul akak nak adk pergi jauh, adk akan pergi. tapi kalau akak perlukan adk, akak tahu mana nak cari adk.. bila masa akak perlukan adk, adk pasti ada untuk akak. tak kira bila masanya, kat mana adk pasti akan ada untuk akak.. hanya akak satu-satunya yang paling adk sayang.. sapa pun takkan dapat ganti akak dalam hidup adk. satu-satunya kesayangan adk sampai adk mati. adk mintak maaf. adk tahu adk bukan adk yang baik.. adk mintak maaf.. hanya kemaafan yang adk mintak pada akak.. ingat pesan adk, adk tetap sayang akak sampai adk mati.. sayang yang teramat sangat.. beri peluang pada adk.. adk tunggu jawapan dari akak.. selama mana pun adk tetap tunggu akak. thanks for everthings...

Monday, 12 December 2011

aku tak tahu kat mana silap aku.. dari hari ke hari aku mencari dan terus mencari dimana silap aku.. semakin aku mencari semakin aku buntu. dan akhirnya aku kembali ke diri aku yang dulu.. aku mula ambik rokok.. setiap saat yang berlalu aku fikir, aku kaji, aku cari kat mana salah aku.. adakah aku terlalu beri perhatian pada orang lain sedangkan aku buat macam tue untuk belajar melepaskan dia.. hilang sudah semuanya... segala kemanisan dalam hubungan kami.. aku tak tahu kat mana silap aku.. kenapa dia buat aku macam nie. aku rasa diri aku terlalu hina buat dia.. terasa aku bagai sampah.. aku belajar untuk melepaskan dia.. bukan ingin melukakan hati dia... aku masih perlukan dia.. sampai selamanya aku perlukan dia... aku perlukan dia sebagai teman.. kekadang aku terlalu rindukan dia.. bila aku kenang balik saat terakhir aku dan dia keluar bersama,itu aje kenangan yang tinggal.. aku tatap balik semua gambar aku dan dia.. aku terlalu rindukan senyuman dia... ketawa dia... sungguh jiwa aku terseksa.... sangat terseksa.. kekadang bila aku ambik balik rokok, rasa bersalah timbul dalam hati...kerana dia aku berhenti ambik rokok kerana dia jugak aku kembali ambik rokok... aku lebih rela mati dari aku kehilangan dia... lebih baik aku mati...

Saturday, 3 December 2011

aku cuma ingin jadi teman yang terbaik untuk dia..tak bermaksud untuk masuk campur dalam kehidupan dia. teman untuk dia meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia.. bukan aku mintak sepenuh perhatian dia untuk aku.. mungkin dulu dia sangat memerlukan aku tapi sekarang tidak lagi..aku bagi dia cuma beban.. beban yang akan menyusahkan dia... kekadang aku rasa ada baiknya aku jauh dari dia, tapi kemesraan itu ada. sekurang-kurangnya aku dan dia ada masa untuk bersama.. sekarang bila aku ada disisi dia, aku rasakan dia terlalu jauh dari aku... i always bear in my mind that she will not forever be mine..aku tahu dan sedar akan hakikat itu. aku bukan tamak untuk memiliki dia sepenuhnya. aku cuma ingin berkongsi beban yang dia pikul.. kepahitan yang dia rasa.. bila aku buat tak reti jew dengan dia, dia terasa hati.. bila aku asyik berkepit dengan dia, dia rimas... semuanya serba tak kena.. aku tahu tempat yang aku kerja sekarang memang banyak yang tak elok.. tapi aku dah berjanji dengan dia, aku takkan ambik lagi benda-benda itu semua. cuma aku tahu peritnya masa aku nak tinggalkan semua tue dulu.. tapi demi dia, aku berusaha dan belajar untuk hidup tanpa benda yang boleh merosakkan aku.. dari mana aku dapat kekuatan untuk berhenti dari semua itu pun aku tak tahu...yang aku tahu sejak aku kenal dia, memang sedikit sedikit aku tinggalkan semua itu...

semakin lama aku disisi dia. semakin aku rasa aku menjadi beban untuk dia.. aku tak nak bergantung dengan dia.. aku tak nak menyusahkan dia.. sebab itu segalanya aku buat senyap-senyap. tanpa pengetahuan dia. tapi akhirnya dia tahu jugak... kini aku hilang tempat mengadu... pada siapa aku nak mengadu sekarang nie... bila aku mengadu dengan dia, dia marah-marah seakan -akan melepaskan geram ke atas beban yang dia pikul.. hati aku terasa.. sakit... tapi aku pendamkan.. aku perlukan seseorang yang menyokong aku, beri aku semangat bukannya menuduh aku yang bukan-bukan.. hati aku terlalu sayangkan dia aku turutkan semua kemahuan dia, walaupun kekadang payah untuk aku penuhi.. bukan aku tak nak cari kerja lain, tapi aku terdesak untuk cari duit sekarang.. mana nak simpan untuk konvo, nak bagi mak aku kat kampung lagi, kat rumah tue lagi..sampai bila kau nak bergantung pada orang lain..pada dia..

Tuesday, 11 October 2011

terima kasih sayang

hati ini terasa terharu dengan layanan yang aku dapat daripada keluarga disini... terasa diriku begitu dihargai.aku berharap aku punya peluang untuk membahagiakan keluarga ini.. dengan apa yang aku ada, aku korbankan semuanya untuk keluarga ini.. disini aku belajar banyak perkara yang aku tak tahu.. memang terasa keindahan berada disini.. bagaimana kakak aku menjaga aku.. ceria dan bahagia.. hidup penuh dengan kasih sayang dan gurau senda.. aku doakan keluarga ini akan terus bahagia.. sebagaimana aku bahagia berada disini.

aku akui kasih sayang aku pada dia dah makin berkurang..tiada lagi perasaan rindu dan sayang pada dia.. semua pudar entah ke mana.. aku akui aku mula rasa benci pada dia. semakin hari semakin aku membenci dirinya.. bukan niat aku untuk membenci tapi dia yang membuatkan hati ini membenci dirinya... maafkan aku .. aku tak mampu untuk terus ada hubungan dengan dia... aku tak sanggup nak tipu dia lagi.. memang dulu aku sayangkan dia.. terlalu sayangkan dia.. tapi sekarang tidak lagi...

terima kasih sayang untuk apa yang aku terima sepanjang aku berada disini.. terima kasih untuk kebahagiaan yang aku dapat disini..

Thursday, 6 October 2011

Yang aku inginkan sebagai hadiah ulang tahun kelahiranku ya ke-21

tahun nie umur aku 21 tahun... tak sangka.. begitu cepat masa berlalu.. sedar tak sedar dah abis 3 tahun aku belajar kat Arau nie...Tak sabar nak balik.. nak cari kerja. sekarang pun aku mencari kerja.. memang ada yang aku nak, yang sesuai dengan bidang aku tapi semuanya nak yang ada pengalaman.. kalau yang xde pengalaman pun nak yang tahu bahasa cina.. susah nak cari kerja sekarang.. apa yang aku boleh buat sekarang ialah cari kerja apa yang ada.. buat lesen dulu then beli motor.. senang aku nak gerak pergi kerja.. tak payah suruh sesiapa hantarkan.. lagipun aku nak berdikari.. tak nak bergantung dengan orang lain lagi...

Untuk hadiah tahun nie, aku tak mintak apa-apa.. apa yang aku inginkan sangat.. pada hari tue akak aku ada disisi aku.. temankan aku sepanjang hari tue.. berharap 1 hari nanti aku dan dia duduk serumah... bila tiba hari jadi aku, dia kejutkan aku dengan ucapan" morning budak kecik"... dia belai rambut aku dan kucup kening aku, dan ucapkan " happy birthday adik cayang ", aku sayang kau.. itu yang aku inginkan... yang aku tunggu-tunggu bila tibanya hari jadi aku.. dah lama aku tak dengar dia panggila aku adk cayang... itu jew yang aku nak untuk hadiah hari jadi aku.. kalau boleh aku nak teddy bear besar.. yang boleh aku peluk.. yang ada bau kakak aku... then bila aku rindukan dia.. aku cuma peluk bear tue... takde lah aku nangis lagi bila terlalu rindukan dia...Saat ini pun aku dah terlalu rindukan dia.. tapi hanya froggy yang ada.. i love you, sis...

Monday, 3 October 2011

salah aku sekadar bertanya... Aku inginkan kepastian. ingin memastikan yang dia okay.. aku kenal dia.. melalui suara dia saja aku boleh tahu dia okay ataupun tidak.. tapi kenapa dia nak tinggikan suara dia pada aku.. salah kew aku ambik tahu.. aku risaukan dia...aku sentiasa nak dia tahu aku sentiasa ada disisi dia... mungkin aku terlalu banyak ambik tahu tentang dia.. mungkin jugak aku bukan siapa-siapa dalam hidup dia.. aku tahu ada kegusaran di hati dia... ada yang dia sembunyikan dari aku... Naluri hati aku selalu kuat bila berkaitan dengan dia... Aku dapat rasakan walaupun dia jauh dari aku... Aku boleh tahu.. memang aku kecik hati dengan dia.. aku tak kisah kalau dia nak lepaskan kemarahan pada aku.. aku tahu aku cuma menyibuk aja dalam hidup dia... aku tahu akubusy body.. semua tentang dia aku nak tahu... tapi aku punya sebab.. kerana aku risaukan dia.. aku tahu siapa dia... aku kenal sangat dengan perangai dia... mungkin dia bosan aku selalu ungkitkan hal amin bila dia call.. mulai dari hari nie aku takkan cerita tentang amin lagi pada dia... aku sayangkan dia... terlalu sayangkan dia... aku selalu inginkan yang terbaik untuk dia... itu doa aku untuk dia...

Sunday, 2 October 2011

aKu aKan TeTaP dI sIsImU...

Saat pertama terjalinnya kasih antara aku dan dia, aku berjanji akan tetap disisi dia. Walau perit dan pedih hati aku terluka, aku tetap akan ada disisi dia untuk menenangkan dia bila dia ketakutan, untuk menghapuskan airmata dia... kerana janji2 aku pada dia, janji untuk terus dan akan tetap menyayangi dia sehingga ke akhir hayat aku... hanya dia satu-satunya kakak yang aku punya.. Aku terlalu sayangkan dia.. aku akan tetap disisimu... itu janji yang pernah aku janjikan untuk dia sehingga saat ini, aku masih belum lupa akan janji aku.. aku tahu dia punya tanggungjawab yang berat, beban yang dia pikul, aku tahu semua itu.. Aku sedar dia tak mampu untuk berikan sepenuh perhatian dia buat aku, aku bukan tamak untuk ambik semua perhatian dia, cukup sedikit.. yang penting aku tahu siapa aku disisi dia, siapa aku di hati dia... dan siapa aku dalam kehidupan dia.. Ya memang aku terlalu rindukan saat dulu.. bila semua perhatian dia milik aku, kasih sayang tertumpu pada aku.. tapi tidak lagi sekarang.. aku yakin siapa aku dalam hidup dia.. walaupun tanpa kata-kata yang mustahil untuk dia luahkan, aku yakin akan kedudukan aku dalam hidup dia.. walaupun aku takut keyakinan itu cumalah fantasiku saja, takut jika aku tidak dapat terima semua ini, tapi hati aku terlalu yakin akan kedudukan aku...

Aku menanti saat dia bertemu kebahagiaannya.. kebahagiaan yang dia impikan... Aku pasti akan terus berada disisi dia sampai ke akhir nyawaku.. hanya kerana kasihku terlalu besar untuk dia...

Thursday, 29 September 2011

???????

Bukan niat aku membenci, tapi aku tak leh terima sesiapa pun yang melukai hati dia.. Bukan aku membenci, cuma marah kerana dia terluka kerana orang itu.... tapi marah aku tak pernah lama.. aku bukan jenis yang suka berdendam dan bukan diri aku bila aku menyimpan dendam.. cuma sakit hati aku melihat dia terluka... aku tak tahu kenapa rasa itu harus ada.. Aku sedar aku bukan sesiapa pun dalam hidup dia... Aku berusaha untuk dia bahagia.. Dia punya impian dia yang dah lama dia inginkan.. Saat semua itu menjadi kenyataan, aku akan pergi dari hidup dia.. takkan wujud lagi dalam hidup dia... yang aku inginkan cumalah kebahagiaan dia... Disaat aku bertemu dengan orang yang aku yakin akan menyayangi dia lebih dari aku menyayangi dia.. mencintai dia sepenuh hatinya.. sanggup berkorban untuk dia.. Aku akan pergi dari kehidupan dia... Aku terima semua ahli keluarga dia.. Aku anggap ahli keluarga dia macam keluarga aku sebab tue aku sanggup buat apa saja untuk tolong dia dan keluarganya.. Walaupun kekadang aku sendiri ada masalah... tapi aku tetap tolong dia hanya kerana rasa sayang aku pada dia... Aku tak harapkan apa-apa balasan cukup bagi aku dia bahagia... itu aja yang aku nak buat dia...hanya itu...dia terlalu istimewa dalam hidup aku.. terlalu istimewa... tiada orang lain yang boleh dan dapat ganti dia dalam hati aku...

Saturday, 17 September 2011

APA KESALAHAN AKU PADA KORANG?????????

Apa salah aku kat korang???kenapa korang nak musnahkan kebahagiaan aku??? Kenapa??? begitu banyak halangan untuk aku memiliki dia. Ada saja insan yang cuba pisahkn aku dan dia... Apa salah aku??? Kenapa terlalu payah untuk aku memiliki cinta dalam hidup aku. kenapa harus ada insan yang mencemburui hubungan kami.. Apa salah aku??? kenapa ada jew orang yang jaja cerita buruk aku pada dia???? Apa salah aku kat korang????? kenapa korang buat aku macam nie??????? kekadang aku dah tak sanggup nak teruskan hubungan nie.. tapi hati aku tak mampu nak melepaskan dia.. aku cintakan dia.. hanya dia satu-satunya lelaki yang aku inginkan... tapi kenapa terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuh.. Akan kuatkan hubungan kami???Akan goyahkan perasaan dia pada aku nanti...

HMMMMM...........

Terkadang terbit rasa cemburu di hati aku bila dia rindukan orang lain lebih dari aku, bila kasih sayang dia lebih banyak tertumpah untuk orang lain.kenapa bukan aku yang dia rindu, bukan aku yang dia sayang, bukan aku yang dia inginkan untuk ada disisi dia.. Mungkin jugak tak ada lansung rindu dia untuk aku..Apakah kasih sayang aku tak bermakna langsung buat dia.. Adakah aku hanya sandaran dia bila dia perlukan seseorang.. Mengapa hati ini selalu merelakan segalanya. Walaupun sakit yang aku rasakan.. Persoalan itu yang selalu bermain di minda aku.. Terasa aku hanya beban dalam hidup dia... Penghalang kebahagiaan dia.. Aku ingin membahagiakan dia tapi apalah daya aku.. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia.. Aku akui terlalu payah untuk aku berkongsi dia dengan orang lain.. Aku ingin dia jadi milik aku seorang saja. Tak nak berkongsi kasih sayang, rindu dan perhatian dia dengan orang lain.. tapi aku tahu aku tak patut buat semua tue.. Halang dia menyayangi orang lain sedangkan dia ada hak untuk menyayangi sesiapa pun. Tapi  kenapa hati aku tak merelakan semua itu.. Adakah aku takut kehilangan dia sebagaimana aku pernah kehilangan dia. Perasaan takut menyelubungi aku. Takut sekiranya aku bukan lagi orang yang dia sayang.. Aku tak nak apa yang aku lakukan buat dia semakin menjauh dari aku. Tapi apakah daya aku bila hati aku terlalu menyayangi dia.. Bila hati aku tak merelakan semua tue, terseksa diri aku.. Kenapa begitu besar sayang aku untuk dia.. Kenapa aku begitu pentingkan diri sendiri... Kenapa harus ada rasa cemburu..Kenapa perlu wujud perasaan nie dalam hati aku.. Terseksa aku menanggung semua nie.. Tak mampu nak  memikul beban ini... Aku ingin melihat dia bahagia, tapi bila dia menyatakan yang dia sangat menyayangi seseorang, hati aku rasa sakit..perasaan cemburu mula hadir. kenapa harus ada perasaan nie.. kenapa aku tak mampu nak kawal perasaan sayang aku pada dia... Aku binggung..

Thursday, 15 September 2011

KINI AKU KESUNYIAN

Saat ini kawan aku dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.Lepas nie aku dah tak dapat jumpa dia. Baru jew seminit lepas aku hantar dia balik rindu dah mula menerpa.. Airmata seakan mahu keluar. Bukan senang aku nak jumpa dengan dia. Bila bersama dia aku rasa seronok sangat. kami asyik ketawa saling mengusik..Ceria aje hidup aku beberapa hari nie bila dia ada. Terasa sekejap sangat dia ada kat sini..Entah bila lagi kami dapat jumpa.. Bila ada jodoh jumpa lah kami.. Semoga kami dapat berjumpa lagi. Semalam malam terakhir aku bersama dia. Kami keluar shopping bersama. Habis semua kedai kat situ kami masuk.. Memang shopping sakan. Pastue kami pergi makan kat kuala perlis dengan roomate dia. Seronok sangat.. 5 orang makan rm105. Menu kami ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, air laici dan sup ayam..Pulun lah kami makan sampai kenyang. Bila nak balik kereta plak rosak. Aduhai.. nak balik kolej memang dah lambat. Dah kul 11 lebih. Dah xdapat masuk. Nak berani mati kami tak berani.. Takut kami punya result samgkut.. Alih-alih kami tidur kat motel. Pagi-pagi kami keluar jalan masuk uitm. Pagi2 lagi dah exercise jalan kaki.. Itulah kenangan terakhir aku dan kawan aku.Seronok. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Aku abadikan kat sini supaya aku dapat ingat kenangan nie sampai bila-bila pun..Aku doakan kawan aku selamat sampai ke destinasinya....Harapan aku agar kami ada masa untuk bersama lagi...

Tuesday, 13 September 2011

BAHAGIANYA HIDUPKU KINI

Hari nie hari ketiga aku bersama dengan kawan baik aku.. Sejak dia balik ke arau untuk present report sepanjang dia praktikal. Rindu sangat aku kat dia.. Hari pertama jumpa dia rasa seronok sangat hidup aku.. Asyik ketawa aje.. Seronok bila dia ada. Ada teman aku nak mengusik. Teman pergi shopping, jalan-jalan dan makan.. Sepanjang hari aku tersenyum dan ketawa.Bahaginya hanya tuhan aje yang tahu.. Minggu depan dah mula final exam. Aku kena kerja kuat untuk final kali nie.. Kena naikkan cgpa aku.. dah teruk.. lagipun nie tahun terakhir aku study. .Lepas nie aku tak sambung study lagi. .terus cari kerja. Sekarang nie pun sedang mencari kerja.. Aku nak kumpulk duit. Untuk bina masa depan aku. Masa depan kakak aku.. Aku tak nak tengok dia susah. Biarlah aku yang berkorban untuk kebahagiaan dia. Aku sedar apa pun yang aku buat orang lain pandang sia-sia tapi  bagi aku dia tetap kakak aku walaupun kekadang aku harus terima hakikat apa pun yang aku buat aku tetap bukan sesiapa dalam hidup dia. Sejauh mana aku menafikan aku tetap jugak bukan adik dia. Tetap orang asing pada pandangan orang lain.. Aku tahu mungkin terlalu banyak menyusahkan dia dengan masalah aku. tapi aku tak mampu hidup tanpa dia. tanpa kehadiran dia aku mungkin dah lama duduk kat mental hospital.Aku bersyukur tuhan temukan aku dan dia. Sangat bersyukur bila kasih sayang yang kuat wujud antara kami.. Aku sayang dia.

Aku memang tak berapa sihat.. nak kata demam badan aku tak panas cuma selsema jew yang buat aku tak selesa. Nak study pun tak senang. Tambah2 lagi housemate dulu plak duduk kat rumah. nak present report untuk praktikal. So semakin sempit bilik aku. Nak tak nak aku cabut lepak kat rumah jpk. Nasib baik aku baik dengan diaorang.. Seronok bila lepak kat sana asal aku kat bilik jew mesti aku rasa serabut.. Balik bilik tidur aje. bangun g kelas balik kelas terus g lepak kat sana. Petang balik mandi pastue g lepak kat sana lagi.. Dah ngantuk baru balik bilik. Ok lah dah tak tahan dengan selsema yang semakin hebat bertarung dengan aku.. kena g tidur dah...bye2

Sunday, 4 September 2011

AKUKAH YANG BERSALAH????

hari nie aku berterus terang dengan dia tetang hasnor. Aku tahu dia kecewa dengan aku.. Memang aku sembunyikan dari dia. Aku tak nak dia salah faham..Dan hari nie jugak sekali lagi aku buat dia menangis. Aku akui ada jugak beberapa kali aku keluar dengan Hasnor tapi cuma atas dasar kawan. Tak lebih dari itu. Serba salah aku dibuatnya.. Akukah yang bersalah kerana selalu menyakiti dia. Selalu abaikan dia. selalu mementingkan kakak aku dari dia. Akan tawarkah hatinya dengan cinta yang aku beri. Aku keliru saat nie. Hati aku rasa nak menangis. Bukan kerana dia. kerana keperitan yang aku lalui.. Sampai bila harus aku lalui hidup sebegini. Krisis mak dan ayah masih belum selesai.. Kini krisis hubungan cinta pula yang melanda.. Apa yang harus aku lakukan.. Aku buntu.. Ya tuhan tunjukkan aku jalanmua.. Tabahkan hatiku.. Kuatkan imanku... Aku tak inginkehilangan dia. Andaj bukan jodohku aku redha.. Selesaikan segala kekusutan ini.. Betapa perit hidup yng harus aku tempuhi.. Aku perlukan seseorang saat nie..

Tuesday, 30 August 2011

AKU SAYANG KAMU

Tanpa aku sedar dalam sehari nie  beberapa kali aku ungkapkan "Aku Sayang Kau". "Sayang sangat-sangat".Aku tak tahu kenapa begitu mudah aku ungkapkan ucapan tue pada dia. Tanpa aku jemu ungkapan tue selalu hadir saat aku teringatkan dia. Berkali-kali aku ulang. Tanpa ada rasa bosan untuk ungkapkannya. Bagaikan dia mendengar apa yang aku ucapkan. Bagaikan dia ada disisi aku saat nie. Bila saja aku teringatkan dia laju saja ungkapan itu meluncur dari bibirku. Setiap kali teringat akan dia aku pasti tersenyum.. Walaupun susah untuk dia ungkapkan kata-kata itu tapi aku tahu dia pun sangat sayangkan aku... Satu-satunya adik kesayangan dia. Aku bersyukur sangat-sangat tuhan temukan aku dan dia. Tuhan kuatkan hati aku untuk terus bertahan dengan sikap dia..Untuk terus ada disisi dia..Aku yakin dia utusan tuhan buat aku. Dia jadikan hidup aku ceria. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia. Walaupun dia agak kejam tapi dia baik.Cuma hatinya keras umpama batu..Dan yang paling utama rasa sayang aku tak pernah berubah. Itulah hadiah tuhan buat dia..Aku akan selalu menyayangi dia.. Tak kira siapa pun dia pada pandangan orang lain tapi bagi aku dia lah bidadari aku. Bidadari yang selamatkan aku.. selamatkan maruah keluarga aku.. Aku berterima kasih kerana tuhan bagi aku peluang untuk betulkan apa yang salah.. Untuk aku hidup di jalan yang benar.. Terima kasih Sue.. Aku sayang Kau. Sayang sangat-sangat... Aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Bukan memaksa diri untuk lakukan semua tue hati aku yang sanggup berkorban..Aku rela demi dia. Kasih sayang aku pada dia melebihi kasih sayang aku buat mak dan keluarga aku.. Dia ditangga yang teratas dalam hati aku.. Dalam hidup aku... Aku relakan segalanya untuk dia.. Segala pengorbanan aku, aku tak mintak balasan cukup bagi aku kasih sayang dia buat aku.. Walaupun sikit tapi cukup bermakna buat aku..

Wednesday, 24 August 2011

AKHIRNYA

Hari nie hari yang betul-betul penat untuk aku... Bertungkus lumus menyiapkan 2 projek paper dengan due date  yang sama.. memang pulun abis... dah 2 hari aku tak cukup tido semata-mata menyiapkan projek paper... Akhirnya abis gak... dah ngantuk sekarang nie tapi kena study... esok de test plak..pastue dah boleh rehat..dah leh sambung tengok anime... rindu sangat kat kakak aku.. tapi aku tak ada masa nak call dia kredit pun tak da.. duit aku dah abis... 2 hari gak aku makan hasil pau orang.. hahaha jahat tul aku nie tapi nak wat camne terpaksa...2 hari gak la dia belanja aku makan.. nak makan apa??? cakap aje..mesti dia carikan.. macam hari tue aku teringin sangat nak makan kari kambing.. dia ajak aku keluar teman dia shopping.. Aku ikut aje walaupun xde duit nak keluar...manja sungguh dia ngan aku.. nak beli baju pun suruh aku pilihkan.. Aku pilihkan dia baju warna kuning langsat.. aku kata aku suka warna tue.. Esoknya terus dia pakai baju tue berniaga kat bazar... hari-hari aku penuh dengan gelak ketawa bila aku dengan dia... Ada aja yang dia nak buat.. terubat sikit tekanan yang aku rasa minggu nie... tiap-tiap malam aku chat dengan dia.. Tak boleh lau sehari aku tak datang lepak kat tempat dia... Dia akan call tanya kenapa tak datang... hmmm... kekadang dia manja sangat dengan aku... macam budak2 pun ada.. walaupun kekadang aku menyampah tapi aku terhibur dengan sikap dia...

Terkejut aku tengok baki duit dalam akaun aku hari nie.. biar betul ada rm2000 lebih.. takkan lah bapak aku bank in banyak tue.. confius aku..sampai aku check 3 kali... semua mesin ATM dalam uitm nie aku cuba.. masih sama gak jumlahnya.. aku ingat aku salah tengok... bila tengok balik betul la tue jumlahnya.. hai.. confius aku... camna nak study cmnie... dok ingat baki yang banyak dalam akaun aku nie... k ar apa-apa hal pun aku kena study gak malam nie...

Friday, 19 August 2011

PERSOALAN YANG BERSARANG DALAM FIKIRAN

Hari nie aku tak pergi kelas.. Baju dah gosok bangun pun awal tapi malas nak pergi kelas.. Sejam jew pun... Aku tengok movie dalam bilik... Bangun tue aku study kejap... tak boleh lau xstudy... Kena dan harus study... Aku tengok anime jepun.. best... Seorang lelaki berusaha melindungi gadis yg dia sayang dalam diam.. Walaupun dia tahu gadis itu tak suka pada lelaki.. senang cakap anti lelaki.. Namun dia berusaha mendekati gadis tue.. Sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan gadis itu... Alangkah bahagianyer jika aku gadis itu.. Aku mengimpikan seorang lelaki yang selalu melindungi aku, aku merasa selamat di sisi dia.. Seorang lelaki yang sentiasa menjaga hati aku, tahu menghiburkan hati aku.. Tapi semua tue tak mungkin aku miliki... Lelaki yang aku inginkan tak mungkin ada...

Kenapa ek sejak akhir-akhir nie aku terlalu cepat terasa dengan orang... cepat nak naik angin.. Benda yang aku tak suka jangan lah sebut lagi.. memang panas hati aku.. Benda yang aku tak suka xyah sebut2.mendidih jew rasa kat hati nie... susah betul aku nak control panas baran aku nie... kenapa aku dah tak dapat rasakan kasih sayang dia pada aku... Kenapa yang aku rasa dia cuma nak ambil kesempatan pada diri aku macam mana semua lelaki yang aku kenal... Aku dah tak kenal dia sekarang nie... terlalu banyak yang berubah.. kenapa sejak akhir-akhir nie sejarah hitam dalam hidup aku bertandang lagi... semakin kerap aku rasakan...semakin menghantui fikiran aku... kenapa itu yang aku rasakan saat nie... teralu banyak benda yang bersarang dalam fikiran aku... Aku buntu.. Tak tahu pada siapa nak aku mengadu... pada kakak aku..tak mungkin dia faham apa yang aku lalui sekarang... makin pahit untuk aku lalui hidup nie.. dia bukan lagi yang aku  kenal.. seorang lelaki yang budiman... lelaki yang tahu jaga batas antara lelaki dan perempuan... semakin hari dia makin berani.. Aku tak suka semua nie... Aku benci semua nie... Aku nak dia yang dulu.. yang selalu menjaga hati aku.. yang selalu melindungi aku bukan mengambil kesempatan...kesilapan aku yang dulu membuatkan aku begitu berhati-hati dengan lelaki... begitu berjaga-jaga dengan tingkah laku ku... begitu menjaga tertib... aku tak ingin sejarah dulu berulang lagi...Aku menjaga batas hubungan lelaki dan perempuan... Aku tak ingin keluarga aku malu.. Maruah keluarga terletak di tangan aku..Aku yang harus menentukan maruah keluarga aku..cukuplah dengan semua sikap ayah aku.. Aku tak nak mak aku tanggung malu dengan sikap aku.. Aku nak jadi anak yang baik... Aku nak bahagiakan mak aku...hanya itu yang aku mampu lakukan untuk pergorbanan mak pada aku...

Friday, 12 August 2011

Sepanjamg malam aku menangis.... Sampai ke pukul 4 pagi barulah aku terlelap...Rasa sedih kenapa semua  nie berlaku pada hubungan kami... selalu ada salah faham.. salah aku @ dia... Salah aku yang tak memahami dia @ salah dia yangg tak percayakan aku... Salah aku yang terlalu berterus terang @ sikap dia yang tak mahu berterus terang.. Fikiran aku betul-betul tengah kusut sekarang nie... Apa lagi yang nak aku buktikan pada dia aku hanya mencintai dia... Apakah jodoh kami setakat disini..Apakah ini tanda berakhirnya hubungan kami... Aku tak sanggup.. Aku tahu dia pun sedih dan menangis... Aku dah xmampu nak teruskan hubungan nie... Aku betul2 sayangkan dia... tak pernah aku sayangka seorang lelaki sebagaimana aku sayangkan dia... Aku bahagia ada disisi dia.. berada dalam pelukan dia.... mendengar kata-kata cinta dari dia... Dia berjanji untuk tak sakitkan hati aku tapi setiap kali pun tetap hati aku terluka... Bukan aku tak nak maafkan dia... Aku dah jemu dengan semua nie...Alasan yang sama berulang kali... Penat... letih dengan sikap dia... Rasa cam nak akhiri semua nie... Apakah hubungan kami akan terus macam nie.. Setiap kali aku berusaha untuk pulihkan semua nie pasti akan ada sesuatu yang terjadi... mungkin dia bukan jodoh aku... sedih rasanya kalau dia bukanlah jodoh aku... Aku tak sanggup tengok dia jadi milik orang lain...Setiap kali aku berkawan dengan budak lelaki kat sini pasti akan ada salah faham...salah kah lau sekadar berkawan... Budak tue pun tahu aku dah berpunya... walaupun tiada ikatan sah antara kami, tak mungkin aku curang... Bukan mudah untuk aku serahkan hati aku pada orang lain mungkin ya aku mudah sukakan sesorang tapi sekadar suka.. sekadar minat dengan dia... tak pernah terlintas di hati menduakan dia... Aku tahu dia banyak berkorban untuk aku... terlalu banyak... hanya satu aku selalu mencintai dia.. Akan tetap mencintai dia.. Andai dia bukan jodoh aku, akan aku simpan cinta jauh disudut hati nie untuk dia...

HATI YANG TERLUKA

Hari nie hati aku betul-betul terluka.. Sakit hati aku teramat sangat... Kenapa dia ragui kasih sayang aku.. Sesungguhnya aku sangat sayangkan dia.. terlalu sayangkan dia.. Tapi dia...hanya kerana aku bertemu kembali dengan bekas kekasihku dulu..Dah puas aku cakap antara aku dan dia dah berakhir.. Aku tak pernah ada perasaan sayang pada dia.. Dari dulu sampai saat nie aku anggap dia kawan.. Tak lebih dari itu...Aku tahu aku selalu abaikan dia.. Tak banyak masa yang aku luangkan untuk dia. Tapi bukan bermakna aku tak rindukan dia... tak sayangkan dia.. Aku curang.. Tak pernah terlintas di hati aku menduakan dia.. sikit pun tak..Aku tak sanggup kehilangan dia.. tapi aku tak suka dengan perangai dia..Setiap kali ada salah faham alasan yang sama dia bagi manusia tak sempurna.. selalu buat salah.. tapi lau dah kesilapan yang sama berlaku itu hanya alasan semata-mata...Aku tak suka sikap dia yang suka berkias.. Bagi aku lebih baik berterus terang.. kalau tak suka terus terang cakap ini tidak...tetap gak nak sembunyi...Satu jew yang aku mintak tolong terus terang ngan aku... Lebih senang...Aku tahu aku jarang de masa untuk dia.. hanya kerana tanggungjawab aku sebagai student , aku terpaksa abaikan komitmen aku pada hubungan nie... Kalau dia dah tak larat nak tunggu aku, cakap..senang.. akhiri jew hubungan nie...hati aku sering terluka.. Entah kerana sikap aku yang mudah mesra dengan orang terutamanya lelaki @ sikap dia... setiap kali dia cakap dia tak nak lukai hati aku, lebih banyak dia berkata macam tue lebih dalam hati aku terluka...

Aku keseorangan disini... Sengsara yang aku rasa tak siapa yang tahu... Aku rasa sunyi sangat.. Tak ada siapa yang sudi temankan aku kat sini.. Tiada kawan yang sudi jadi teman aku... tahu tak betapa seksanya aku hidup kat sini.. sendirian.. Sakitnyer hanya tuhan jew yang tahu... Aku tahu aku harus kuat.. Sebab tue aku berkawan dengan semua orang.... Lebih senang berkawan dengan lelaki... Sekurang-kurang ada teman yang sudi bersembang dengan aku.. buat aku ketawa... melayan kerenah manja aku... Terubat sikit rasa sakit kat hati nie.. Hilang la jugak rasa sepi... Niat aku baik cuma nak berkawan.. Hati aku tetap pada dia... Tak pernah terlintas di hati aku unutk curang dengan dia... Aku hanya mencintai dia.. hanya dia.. Aku berharap hubungan kami kekal tapi.... terlalu banyak cubaan yang kami alami... Sejarah dah jadi sejarah... Tak mungkin aku kembali pada bekas kekasih aku dulu sedangkan hati aku tak mampu berpaling dari dia... Setiap malam aku impikan tidur dalam pelukan dia.. Dari dulu aku mencintai dia.. Aku tak mampu melupakan dia... Sejauh mana pun aku cuba jauh disudut hati aku, aku teramat sayangkan dia... Rasa keseorangan tue selalu datang menyengah dalam hidup aku...Aku dah tak sanggup nak hadapi semua nie lagi... Aku cuma mampu berharap aku terus kuat untuk berapa bulan nie demi harapan keluarga ku...

Wednesday, 10 August 2011

Kenapa dia tak pernah berkongsi dengan aku kesengsaraan yang dia alami..kenapa harus dia pendamkan sedangkan dia tahu aku sentiasa ada disisi dia..Sentiasa ada utk mendengar segalanyer.. Iye memang aku tak mampu nak buat apa-apa tapi sekurang-kurangnyer aku boleh kurangkan beban dia..Beban yang dia tanggung dalam hati dia... Aku tahu hidup dia lagi perit dari aku... Tapi dia masih lagi gembira..sentiasa tersenyum...seperti tiada apa yang berlaku... Betapa aku kagum dengan dia..Dengan ketabahan yg dia miliki...Kekuatan yang dia punya..Dia umpama batu batuan di tepi pantai yang selalu dihempas ombak.. Walau besar mana sekalipun ombak yang menghempas dia tetap kuat.. tetap utuh menghadapi semua itu.. Aku harap aku mampu jadi seperti dia.. Aku tak sanggup tengok dia susah.. Aku teringin bawak dia pergi jauh dari semua kesengsaraan dia.. Aku nak dia bahagia... Kebahagiaan dia yang aku inginkan..Hanya itu yaang aku inginkan.. Aku tak kisah tentang diri aku..kebahagiaan aku.. Yang utama bagi aku dia.. Segalanyer adalah dia... Aku tahu dia tak nak bebankan aku tapi aku tak nak dia pendamkan semua masalah dia... Aku selalu setia ada disisi dia... Bila-bila pun dia perlukan aku, aku sentiasa ada.. untuk dia apa pun aku sanggup buat... cuma untuk dia.. Aku terlalu sayangkan dia... Aku tak nak dia susah... Aku nak dia sentiasa bahagia... 

Aku nak dia tahu aku sayang sangat-sangat kat dia.. Apapun aku sanggup korbankan... Apa yang aku cakap aku akan buat... Aku masih pegang janji-janji aku pada dia... Sampai bila-bila pun sehingga la aku menghembuskan nafas aku yang terakhir... Janji aku tetap akan aku kotakan..  Hanya untuk dia... Selagi aku belum pastikan kehidupan dia bahagia aku akan terus ada disisi dia... Terus menyokong dia.. Dan aku nak dia capai impian dia... Hanya itu yang aku nak.. Andai saat itu tuhan nak ambik nyawa aku pun aku dah tak kisah...Hanya itu yang aku doakan buat dia.. Kebahagiaan dia... Saat dia temukan kebahagiaan dia barulah aku rasa lega...


Wednesday, 3 August 2011

HARI YANG PENUH DENGAN TEKANAN

Hari nie begitu banyak tekanan yang aku hadapi... dengan projek paper yang masih belum siap lagi.. banyak lagi nak kena settlekan... dengan projek etr yang asyik kena reject aje.. tension tul.ngan group member yang pentingkan diri.. lantik aku jadi ketua tapi keputusan diaorang buat.. meeting diaorang tentukan.. Aku ikut aje.. malas nak bergaduh.. aku agak tak lama lagi mesti diaorang buang aku dalam group.. tak apa..aku dah ada tajuk untuk projek etr nie.. tunggu green light dari sir Azrul aje.. Aku tak kisah buat kerja sorang-sorang lagi aku suka... senang.. tak payah nak bergaduh.. tak payah nak kecik hati ngan sapa-sapa.. tak yah nak tuduh-tuduh orang kalau markah sikit.. semuanya tanggung sendiri... 

Sejak akhir-akhir nie serign aku bermimpi tentang kakak aku.. Risau betul aku... Tidur pun tak lena.. Rasa tak sedap hati pun ada... Entah kenapa pun aku tak tahu... Untuk senangkan hati aku aku telefon dia...harap dia tak apa-apa.. Hari nie gak birthday bapak aku.. camne lah aku boleh lupa... nasib baik aku online petang tadi.. Chat ngan abang aku.. baru aku teringat birthday bapak aku.. aku pun hantar mesej wish kat dia... cukuplah.. Aku tahu betapa tingginyer harapan keluarga aku pada aku.. sebab harapan tue lah aku teruskan.. Kalau ikutkan hati dah lama aku berhenti.. tak tahan dengan tekanan yang ada.. Harapan nielah yang buat aku takut.. takut akan kecewakan semua orang.. sebab tue aku berusaha dengan sebaiknyer... Haripun dah larut malam.. aku dah nak tidur... walaupun mata belum ngantuk.. aku kena tidur gak.. nanti esok terbabas plak..

Sunday, 31 July 2011

HATI YANG KECEWA

Kesunyian selalu menyelinap dalam hariku..sejak akhir-akhir nie semakin kerap menjenguk diriku.. Entah apa yang bermain difikiran ku.. Apa yang aku kesalkan selalu bermain dalam hati aku.. Betapa aku rasa aku seorang insan yang tak berguna.. selalu menyusahkan orang disekelilingku.. sebab aku mungkin hubungan atuk ngan abang renggang.. sebab aku mak aku menanggung malu dengan atuk dan nenek aku.. sebab impian dan cita-cita aku..Airmata semakin laju menitis dari kelopak mataku.. baru saja tadi aku bergelak ketawa sekejap aje kesedihan tue menyelubungi aku.. pada siapa aku nak mengadu.. pada siapa nak aku sandarkan harapan..pada siapa nak aku berkongsi beban di hati nie.. Aku tak punya sesiapa.. tiada siapa yang menyayangi aku.. Aku selalu kesunyian.. selalu keseorangan.. rasa dah tak nak hidup lagi.. dulu bukan sekali dua aku cuba bunuh diri.. banyak kali.. tapi kenapa aku masih lagi hidup.. untuk apa kehidupan yang aku miliki nie sekiranya rasa kesal bertimbun dan bersarang dalam hati aku..kalau dulu hubungan aku dan nenek baik saje aku tak tahu apa jadi selepas nie.. mungkin nenek akan membenci aku.. Aku memang tak berguna.. selalu menyusahkan orang.. aku tak nak hidup lagi.. tuhan kau ambilah nyawaku.. hentikan seksaan ini tuhan..
Aku rindukan dia.sangat rindukan dia.. aku tunggu panggilan dari dia. tapi  satu mesej pun aku tak dapat dari dia.. merajuk kah dia.. Abhi, sayang rindu sangat kat Abhi.. kemana perginya semua orang yang aku sayang.. apakah kasih sayang yang aku beri tak berharga.. apakah orang cam aku tak layak untuk terima kasih sayang sesiapa pun.. Adakah kasih sayang orang yang tak beragama cam aku tak layak untuk disimpan.. mungkin lebih baik campak kat longkang aje... tiada siapa yang menghargai apa yang aku lakukan.. tak ada siapa yang menghargai kasih sayang aku.. Apa yang aku buat sia-sia aje.. sikit pun tak ada maknanya...

Saturday, 30 July 2011

LUAHANKU


Hai bintang bertuah ku,
Bersinarlah selalu,
Jangan kau mudah goyah bila awan mendung menhalangi sinar mu,
Tetaplah bersinar,
Walaupun tanpa ada yang sedar akan hadirnya dirimu,
Bersinar sahajalah,
Saat itu pasti awan mendung akan berlalu dan sinarmu akan terus germelapan di dinding langit.,
Hai bintang bertuahku,
Aku ingin dikau terus bersinar,
Walau tanpa bulan menemani,
Percayalah sang rembulan selalu ingin kau terus bersinar,
Pancarkan cahayamu pada seluruh alam,
Tunjukkan betapa terangnya sinarmu,
Dan saat itu seluruh alam akan mengagumi,
Memuji keindahanmu,
Disaat ini aku ingin selalu menyatakan betapa aku menyayangi,
Hai bintangku,
Aku akan selalu merinduimu,
Tetaplah bersinar menerangi malam ku,
Aku terlalu menyayangimu,
Katakan kau jua menyayangiku….




Dari saat pertama adik kenal akak hati dah terpaut rasa sayang buat akak. Sayang adik tak pernah berubah dari dulu sampai saat nie dan selamanya. Hanya akak kakak  kesayangan adik. Satu-satunya kakak yang adik ada. Dulu sebelum adik kenal akak adik ada seorang adik angkat. Dia baik dan adik sayang sangat kat dia tapi dia tinggalkan adik bila dia tahu sejarah hidup adik. Dia biarkan adik sendirian. Pedihnya hanya tuhan saja yang tahu. Selepas tue adik kenal dengan adik angkat yang baru. Adik sayang sangat-sangat kat dia. Apa yang dia nak adik penuhi. Tapi dia kianati adik. Dia permainkan kasih sayang adik. Hati adik terluka lagi. Saat itu adik berjanji takkan percaya pada sesiapa lagi. Cukup hati adik terluka. Sampailah satu saat adik terjumpa akak. Pertama kali adik nampak akak. Adik ingat lagi masa tue akak pakai baju warna hijau muda dan seluar slack hitam tengah susun beg kertas kat belakang. Itu hari pertama adik nampak akak. Tergerak hati adik nak tegur akak tapi takut tak dilayan. Teringin sangat  nak tegur akak tapi adik pujuk diri adik nanti pasti adik kenal jugak dengan akak. Hari pertama adik masuk kerja adik tak nampak akak. Adik mencari akak masa tue. Mungkin akak cuti. Dalam diam adik pujuk diri sendiri. Esok pasti adik dapat jumpa akak. Masa itu cuma tuhan jew yang tahu betapa gembira nya adik dapat jumpa akak. Banyak yang adik nak tahu tentang akak. Dengan izin tuhan wujudlah hubungan antara kita. Bahagianya adik saat tue. Macam dapat kahwin dengan putera raja plak. Walaupun hanya kawan itu dah cukup untuk adik. Bagi permulaan itu memadai buat adik. Dari persahabatan itulah adik belajar mengenali akak. Masa tue terlalu ramai yang cemburu dengan kita kan?? Cam lesbian pun ada. Keluar pun kena sorok-sorok. Kelakar plak bila ingat balik semua tue. Adik tahu ramai yang sayangkan akak. Tapi yang paling adik rasa bahagia bila akak pilih untuk sayang adik dari yang lain. Adik tahu bila akak pilih untuk peluk adik. Akak tak pernah peluk yang lain. Cuma adik yang akak peluk.
Adik terlalu sayangkan akak. Adik tak pernah salah bila adik pilih untuk menyayangi akak. Adik yakin keputusan adik untuk pilih percaya pada akak dan adik tak pernah silap. Dengan akak adik jadi diri adik sendiri dan adik pernah terdengar orang berkata teman yang terbaik buat kita ialah bila kita jadi diri sendiri bila kita bersamanya. Dan adik percaya kata-kata itu kak. Akaklah teman terbaik untuk ada disisi adik. Adik rindukan saat dulu. Terlalu banyak masa yang kita luangkan bersama. Tapi sekarang nak jumpa akak pun susah. Adik terseksa dengan keadaan sekarang nie kak. Adik tak nak berjauhan dengan akak. Sakit rasanya.Adik tak mampu nak tanggung beratnya beban rindu nie. Ingat lagi dengan janji-janji adik dulu. Adik akan tetap sayang akak. Tetap ada disisi akak sampai bila-bila pun walau apapun yang jadi.Cuma akak kakak adik. Bencilah akak pada adik semahunya adik tetap akan ada disisi akak. Akan tetap menyayangi akak.takkkan berganjak walaupun seinci dari hidup akak. Tak ada sekecil kuman pun perasaan benci pada akak. Itulah janji adik pada akak. Janji tue masih adik ingat dan adik pegang sampai  ke akhir nyawa adik. Dan saat nie adik akan selalu menyayangi akak. Takkan biarkan akak rasa keseorangan. Tak nak akak rasa kesepian. Adik tahu  sebesar mana pun kasih sayang adik pada akak, akak tetap perlukan seseorang dalam hidup akak. Adik doakan satu hari nanti akan hadirnya putera idaman akak. Mungkin susah untuk adik berkongsi kasih sayang akak dengan orang lain. Tak sanggup  rasanya bila fikir perhatian akak bukan milik adik lagi. Adik tahu kebahagiaan adik dah ada didepan mata. Adik bahagia ada dia yang selalu mencintai adik tapi adik tak mampu mengecapi kebahagiaan nie bila adik fikirkan akak. Akak yang utama yang dalam hidup adik. Kebahagiaan akak yang paling penting. Adik tak nak tinggalkan akak sendirian. Selagi adik belum jumpa seseorang yang boleh menyayangi akak sebagaimana adik menyayangi akak. Yang mampu membahagiakan akak adik takkan fikirkan kebahagiaan adik. Hanya kebahagiaan akak. Jangan pernah terfikir akak penghalang kebahagiaan adik. Akak bukanlah penghalang kebahagiaan adik. Adik yang jadi penghalang kebahagiaan sendiri. Jangan salahkan diri akak. Adik yang bersalah. Mungkin adik yang jadi penghalang kebahagiaan akak. Kebahagiaan akak impian akak cuma itu yang adik inginkan.  Itu yang selalu adik mohon pada tuhan tiap-tiap malam sebelum adik tidur. Andai dapat adik tukarkan nyawa adik untuk kebahagiaan akak adik sanggup. Adik tahu akak sedar betapa besarnya kasih sayang adik pada akak. Betapa dalamnya kasih sayang yang tuhan hadiahkan pada akak melalui adik. Adik tahu akak orang yang tabah. Bukan mudah putus asa. Adik mengagumi akak.  Dalam diam adik simpan impian. Adik nak jadi kuat cam akak. Jadi tabah setabah hati akak. Adik tahu jalan hidup akak terlalu banyak onak dan duri. Akak tahu adik sentiasa ada buat akak.Anytime. Adik harap akak akan selalu tabah. Dari dulu adik sangat kagum dengan ketabahan yang  akak ada. Betapa adik ingin menjadi seperti akak. Ketabahan yang akak miliki ingin adik ada dalam diri adik..  

Thursday, 28 July 2011

SESUATU YANG KU PENDAM

Malam semakin larut dah menginjak ke pagi pun tapi mata aku tak nak lena.. Puas aku pusing ke kanan pusing ke kiri..Tak jugak nak tidur.. Esok pagi ada kelas petang plak test.. Aduh tension tol ar.. Malam-malam camnie tetiba jew perasaan sayu datang.. Dari mana ntah aku tak jemput pun dia datang.. malas tul ar nak layan perasaan malam-malam nie... Tapi waktu malam la selalunya aku meluahkan apa yang terbuku.. samada dengan dinding @ froggy..selalunya bila aku rindukan dia aku akan pandang gambar dia yang aku simpan.. Aku akan cakap aku sayang dia.. Sayang sangat-sangat.. aku peluk froggy kuat-kuat macam peluk seseorang.. Dah jadi habit aku dari dulu lagi.. cakap sorang-sorang.. yelah dulu aku tak punya sapa-sapa pun.. Setiap kali ada masalah aku akan menangis tanpa ada teman disisi aku.. tanpa ada bahu yang sudi menumpangkan beban yang aku pikul... teringat kisah dulu.. dulu aku ada adik angkat.. Aku sayang sangat dengan dia.. Akulah tempat dia mengadu dan dialah tempat aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.. Tapi tak lama lepas tue dia tinggalkan aku...Saat aku perlukan dia dia pergi tinggalkan aku.. Selepas tue aku ada sorang lagi adik angkat.. Aku sayang sangat-sangat dengan dia.. Apa pun kehendak dia aku penuhi.. Tak pernah aku abaikan dia.. Sedikit pun tak.. Tapi dia khianati aku... Dia buruk-burukkan aku depan pakwe aku.. Memang aku bercinta dengan dia bukan kerana sayang tapi kerana kesian.. Aku tak marah kalau dia nak couple dengan pakwe aku tapi jangan tipu aku...Terasa kasih sayang aku dipersiakan.. Tak dihargai..Rasa sakit yang aku rasa masih berbekas dalam hati aku sampai saat nie.. Sejak dari tue aku tak percaya dengan sapa-sapa lagi.. berkawan semata-mata mengambil kesempatan.. Suka mempermainkan kasih sayang yang orang berikan... Tak tahu menghargai...

Tapi itu dulu walaupun luka lama masih berbekas..kadang kala berdarah kembali... Kenapa susah sangat nak ungkapkan sayang pada aku.. Aku teringin sangat nak dengar.. Bila aku dapat dengar pun aku tak tahu.mungkin aku dah nak mati baru aku dapat dengar.. itu pun belum tentu..bukan maksud aku meragui.. tapi kekadang perasaan ragu tue hadir jugak tanpa aku pinta..Aku akui kadang-kadang aku jemu dengan sikap dia.. Terasa hati dengan dia..kadang kala melepasi tahap kesabaran aku melayan kerenah dia.. tapi perasaan sayang itu tetap menebal dalam hati ini.. Tak mampu aku membenci diri dia.. Walaupun mulut mengatakannya tapi bukan dihati.. Pernah terlintas dihati aku supaya aku ada penyakit yang jawapannya hanya maut.. yang kesimpulannya hanya mati.. mungkin hanya pada saat itu semua perhatian tertumpu padaku.. mungkin hanya pada saat itu aku merasa diri aku wujud di dunia ini.. terlalu payah untuk aku lalui hidup ini.. pernah aku terfikir untuk apa aku hidup kalau kasih sayang aku tak dihargai.. kasih sayang aku dipersiakan.. kasih sayang aku dipermainkan.. untuk apa???? untuk apa tuhan kurniakan perasaan sayang ini.. Beri sajalah aku perasaan kejam dan zalim supaya tak aku rasa betapa sakitnya hati bila kasih sayangku dipandang bagai tak punya harga..sakitnya hati aku... Tak ada siapa yang tahu... keperitan yang aku lalui selama ini tak ada siapa yang tahu.. Ingin saja aku biarkan diri aku hidup dalam tekanan dan jadi gila.. tentu bahagia hidupku.. tak perlu aku rasa sakit hati ini...

KENANGAN

Kenangan dinner terakhir buat aku.. memang best.. sempoi giler.. nak post gambar tapi ada kat member plak.. member tak upload lagi.. Ngah sibuk study.. maklumlah esok petang ada test.. Aku jew yang sempoi cam tak ada test plak... Xada mood nak study.. tak tahu la kenapa.. bukak buku sekejap xsampai 5 minit pun dah capai phone.. main game...Isk isk apa nak jadi.. Dinner malam tadi memang seronok.. Aku pakai yang simple jew.. tak mekap pun.. setakat calit bedak buh lip gloss sudah... Rambut aku ikat separuh.. separuh lagi aku lepaskan.. kawan aku kata nampak comel... memang lah comel.. comel sebab badan dah berisi.. makin gemok.. kami buat persembahan.. just nyanyi lagu gemilang aje.. pastu akmi jemput sir Ismail sama-sama buat persembahan.. Setiap kata-kata yang ditujukan buat kami diselitkan satu lagu.. Ada dah member aku menangis... Sedih.. nie lah semester terakhir buat kami..mungkin lepas nie kami takkan berjumpa lagi... Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami bersama.. kenangan nie takkan aku lupa... Dan satu lagi gara-gara wedges yang aku pakai kaki aku terseliuh.. Dapat mc untuk hari nie.. serius memang sakit.. nak jalan pergi toilet pun dah macam mak nenek.. apalagi nak berjalan ke kelas..naik turun tangga.. Nasib baik ankel aku tak apa-apa.. Apa-apa pun dinner tue memang best.. dapat bergambar dengan lolipop besar lagi...nanti aku post gambar tue...





Tuesday, 26 July 2011

KEKELIRUAN...

Hari ini semua kawan-kawan aku sibuk beli nombor pin pendaftaran untuk degree nanti sedang aku masih terfikir perlukah aku menyambung pelajaranku... Jika ikutkan hati aku ingin aku terus belajar sehingga aku ada master @ PhD.. itu angan-anganku dulu.. aku ingin keluarga ku bangga dengan aku... Biar aku menjadi idola buat kaumku.. tapi pasti nanti aku menyusahkan semua orang..Tekanan yang aku alami sekarang pasti aku akan alami lagi nanti.. Mampukah aku hadapi semua itu nanti.. Kalau aku sambung belajar macam mana dengan kakak aku.. Siapa yang akan jaga dia.. Mendengar keluhan hati dia.. lagipun aku dah tak sanggup berjauhan dengan dia.. cukuplah 3 tahun aku berjauhan dengan dia.. Aku dah lama fikir benda nie.. dan Aku nekad tak nak sambung belajar lagi.. cukuplah takat ini aje.. Biarlah aku korbankan impian aku demi keluarga dan kakak aku.. Aku dah ada rancangan untuk 5 tahun akan datang.. Habis aje sem nie aku nak cari kerja.. Yang jadi pilihan aku kerja kat bank.. Lepas dah dapat kerja tetap kat situ nanti aku nak buat personal loan.. rm20,000.. rm10,000 aku nak melabur dalam ASB.. dan selebihnya aku nak bagi kat kakak aku untuk tunaikan impian dia.. Demi impian dia aku sanggup buat apa saja.. aku ingin dia bahagia.. Ada hidup yang sempurna.. Tak nak tengok dia susah.. Aku nak bagi mak aku hidup senang.. Tak nak tengok mak aku kerja berat-berat.. Kesian mak aku.. Kalau aku sambung belajar mesti mak aku takkan hidup senang.. Tak nak tengok mak aku penat.. Aku nak mak aku senang hati tengok anak dia hidup senang.. itulah rancangan aku.. Untuk aku aku abaikan dulu.. Aku utamakan keselesaan mak aku dan kakak aku.. biarlah aku yang berkorban.. Demi orang-orang yang aku sayang aku sanggup berkorban apa saja..Biarkan aku yang menanggung kesusahan dan kepayahan nie keseorangan... Demi mereka.. Demi kebahagiaan mereka... itu aje cara aku tunjukkan kasih sayang aku buat mereka.. semoga pengorbanan aku tak sia-sia..

Monday, 25 July 2011

KESALANKU...

entah kenapa sejak akhir-akhir nie rasa kesal semakin bertimbun dalam hati.. Kesal dengan semua yang berlaku.. Entah apa malang nasib aku.. Aku malu pada semua orang.. Terutamanya dengan saudara-mara aku..1 kampung tahu masalah family aku.. Aku rasa malu sangat2.. Rasa dah tak nak balik kampung dan menghadap muka bapak aku yang menjadi punca semua nie.. kerana dia, kerana perangai dia aku menanggung tekanan yang sangat berat sampaikan aku disahkan menghidap tekanan perasaan atau lebih senang cakap sakit mental.. Dari tingkatan 2 aku menanggung semua ini.. Aku dah tak terdaya lagi.. Sungguh aku dah tak kuat nak hadapi semua ini... Betapa besarnya malu yang aku tanggung depan atuk dan nenek aku... Berat cubaan yang tuhan berikan pada aku.. Pada siapa aku nak mengadu.. Peristiwa lepas semakin menghantui aku.. Terasa sebak bila mengenang semua nie.. Kenapa aku harus jalani hidup yang penuh cubaan ini.. Terasa diri aku menyusahkan semua orang disisi aku.. menyusahkan mak,dan abang aku.. Kalau selama nie hubungan abang dengan atuk sangat baik aku tak tahu apa jadi selepas peristiwa itu.. Rasa bersalah pada mak aku menebal sangat.. Pada abang aku... Argh.. terlalu susah untuk aku luahkan semuanya.. Aku benci bila semua nie hadir dalam hidup aku.. Pernah aku berharap agar tuhan ambik saja nyawa aku.. Aku tak ingin hidup lagi dengan semua tekanan yang aku hadapi.. Lama-lama boleh jadi gila... bila semua ini akan berakhir.. Aku dah tak sanggup hadapi semua ini lagi..tuhan tolonglah hamba mu yang lemah ini.. kuatkan lah hatiku.. jauhkan aku dari segala prasangka buruk... kurniakan aku hati yang bersih yang selalu memaafkan orang lain walaupun besar kesalahan mereka padaku.. hadiahkan aku iman yang kukuh yang tak mudah goyah dengan hasutan syaitan.. aku tahu hanya pada engkau tuhan aku berserah...

Friday, 22 July 2011

KINI AKU BAHAGIA

Hari ini memang hari yang sangat indah bagi aku dan seumur hidup aku inilah hari yang paling indah.. Aku bahagia disisi insan yang mencintai aku.. Hari ini aku mintak dia temankan aku ke maybank untuk activekan akaun aku tapi bila dah sampai sana dah tutup plak.. Kami ke dusun atuk dia.. Makan durian.. Dah lama dia nak bawak aku jumpa nenek dia.. Akhirnya dapat juga aku jumpa nenek dia. Tak sangka nenek dia peramah orangnya.. Suka betul dia bila kami datang... Puas aku makan durian hari ini.. Nenek dia kata kami dah padan dah patut kahwin pun. Aku tersenyum aje.. Nenek dia kata lagi Awek dia nie cantik.. hehehe sukanya bila ada orang puji aku.. Aku nampak dia tersenyum aje.. Aku buat cincin dari daun dan sarungkan kat jari dia.. Dia pun buatkan satu untuk aku.. Nenek dia cakap nanti belikan satu cincin untuk aku...






Lepas tue kami ke pantai plak.. Memang aku suka lepak kat tepi pantai bila petang-petang nie.. Terasa nyaman.. Segala kekusutan pun dah tak ada.. Sebenarnya sengaja aku ajak dia keluar.. Aku rindukan saat dengan dia.. Masa aku kat kampung tak banyak.. Dia plak sibuk dengan kerja.. so aku mencari ruang dan peluang untuk bersama dia..Kami berjalan sepanjang pantai.. Main air laut.. Seronok sangat.. Kami ambik gambar bersama.. itulah kali pertama aku ambik gambar berdua dengan dia..Lepas tue kami duduk melepak kat tepi batu-batu.. Dia peluk aku dari belakang.. Terasa bahagia sangat saat itu... Dia peluk aku macam tak nak lepaskan aku.. Aku tahu berat dia nak lepaskan aku.. Aku pun camtue.. Ingin terus berada dalam pelukan dia.. Dia berbisik pada aku.. Hanya aku yang dia inginkan.. Dia sayangkan aku.. Sangat sayangkan aku.. Masa berlalu sangat cepat. Tak terasa langsung.. Pukul 8 kami pun bertolak balik.. tak nak la lama-lama.. Aku keluar awal petang tadi.. Nanti risau plak mak aku.. Sebelum kami berpisah aku hadiahkan satu ciuman dipipi dia... Aku tak ingin terus berjauhan dengan dia.. aku ingin selalu berada disisi dia.. Merasa kehangatan cinta kami... Pasti lena tidur kami malam nie..yelah tidur bertemankan kenangan indah bagi kami.. I LOVE YOU ABHI... LOVE YOU SO MUCH...

Thursday, 21 July 2011

HARI YANG BAHAGIA

Hari ini hari yang sangat indah bagi aku.. Akhirnya segala kekusutan dah terungkai..Segala salah faham dah selesai.. Aku merindui dia. Saat kami berdua.. Walaupun cuma sekejap namun aku pasti tersenyum sepanjang hari.. Betapa bertuahnya aku dikurniakan seorang lelaki yang cukup baik.. Aku mencintai. Setulus hati aku menyayangi dia.. Pada hari rabu lepas aku keluar berdating dengan dia. Kami ke Putrajaya, Alamanda dan akhir sekali kami pergi makan di bagan. Tempat kegemaran kami kalau nak pergi makan., Memang best sangat masa tue. Dan yang paling aku suka kami duduk berdua di tepi pantai..Suasana malam tue sangat indah.. ditambah dengan deruan angin malam dan desiran ombak yang menghempas pantai.. Terasa sangat tenang saat itu.. Betapa aku selesa berada dalam pelukan dia.. Aku menceritakan kisah aku dan bekas pakwe ku dulu.. Cerita ini timbul bila aku kata aku kerap mimpi ular sejak akhir-akhir nie.. memang kerap..Aku ada terdengar roomate aku kata kalau kita mimpi ular ada orang yang sihirkan kita.. Entahla aku pun  tak tahu betul kew tidak..Dan hari selasa tue ada ular tedung masuk dalam rumah.. Nasib baik aku nampak..Apalagi aku cuba halau keluar tapi takut. Aku panggil mak cik aku suruh pak cik aku halaukan tapi pak cik aku plak takde.. Memang gelabah la masa tue.. mengigil badan aku. Terus aku telefon mak aku sampai nangis-nangis... Akhirnya ada seorang hero yang tolong aku.. Anak jiran belakang rumah..Nasib baik kalau tidak terpaksa aku tunggu pak cik aku balik.. 

Sunday, 17 July 2011

NUKILAN HATIKU....

Entah apa nak jadi dengan diriku... selalu sangat menyakiti hati dia.. Aku akui aku selalu pentingkan diriku..selalu mementingkan kakak aku melebihi kepentingan aku sendiri..bukan bermaksud melukai hati dia.. tak terniat pun untuk melukai hati dia.. Aku tahu dan aku sedar cinta dia untuk aku begitu suci..tak mungkin aku dapat cari insan yang sayangkan aku sebagaimana dia sayangkan aku... Aku tahu semua tue.. Tapi aku tak mampu nak bahagiakan dia.. Ingin saja aku lepaskan dia tapi aku tak ingin kehilangan dia.. mungkin dia dah bosan dengan sikapku.. Aku akui aku bukan seorang yang baik untuk dia.. Aku tak layak dapat cinta dia... Selalu menyakiti dia sedangkan terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk aku.. Aku menyayangi.. Sangat menyayangi dia.. jujur aku mencintai dia tapi tumpuan ku bukan pada dia.. Maafkan sayang..


Aku menyayangi dia.. terlalu menyayangi dia.. Aku punya impian yang sgt besar untuk dia.. Aku ingin melihat semua impiannya tercapai.. Dia punya butik yang dia impikan dan yang aku impikan buat dia.. Dia punya jenama pakaian sendiri yang setaraf dengan jenama cheetah dan vior.. itu yang aku inginkan.. Selagi aku belum bertemu dengan seseorang yang aku percaya dan yakin untuk menjaga dia, membahagiakan dia, selalu membuat dia tersenyum selagi itu dia menjadi keutamaan aku.. mungkin saat itu dia akan melupakan aku.. Aku bukan lagi yang terpenting untuk dia. Aku akui aku akan rasa cemburu nanti tapi aku akan memujuk diri aku sendiri.. melihat kebahagiaan dia itulah kebahagiaan aku.. Aku yakin dengan kasih sayang yang dia berikan.walaupun dia punya insan lain disisi dia  aku yakin aku tetap adik kesayangannya.. aku yakin aku ada tempat yang teristimewa dalam hati dan hidup dia.. Walau tak pernah dia meluahkan rasa sayang dan rindu dia pada aku, aku yakin dia sangat sayangkan aku.. Aku sangat sayangkan dia. kenapa??? aku punya alasan tersendiri mengapa aku terlalu menyayangi dia. bukan aku memaksa diri untuk menyayangi dia dan melakukan semua ini untuk dia, aku rela dengan hati terbuka melakukannya untuk dia.. demi dia aku sanggup lakukan apa sahaja...

Tuesday, 21 June 2011

DI KANAN AKU MENYAYANGI DI KIRI AKU MENYINTAI....

Aku tak ingin terus berada disini dengan perasaan yang kini terus mencengkam hati...Terasa terlalu sunyi disini... Aku rindukan suasana dulu... Punya teman untuk aku bergurau senda, usik mengusik... Rasa sunyi kian menhimpit aku... Aku tak ingin terus dihantui perasaan nie...Aku inginkan LUCKY STAR ada disisi aku saat ini..Terlalu rindukan dia... Kadangkala aku menangis merindui LUCKY STAR... Entahlah sejak akhir-akhir ini sering saja aku terkenangkan dirinya... Aku tak ingin berjauhan dari dia.. Tak sanggup lagi menanggung rindu.. Aku ingin selalu disisinya... Bersama dengannya hilang segala gundah dihati... Mendengar suaranya terasa damai menyerbu di sanubari... Memang kasihku untuknya terlalu mendalam.. Ingin saja aku katakan kepada seluruh dunia aku bahagia punya dia dalam hidup aku...

Dikanan aku menyayangi... Dikiri aku menyintai... Aku perlukan kedua-duanya dalam hidup aku.. Tak ingin aku kehilangan salah seorang pun...Seorang ialah LUCKY STAR ku dan seorang lagi ialah SUNSHINE ku.. Ibarat matahari dan bintang merekalah sinar hidupku... Aku terlalu rindukan kehadiran mereka disini... Andai aku mampu untuk ada disisi mereka... Aku ingin mereka ada disini menemani aku yang kesunyian... Terasa sakit sungguh di hati terpaksa melalui semua ini sendirian... Setiap saat aku ingin mereka ada disisi aku... seorang dikanan dan seorang dikiri... Ada disisi aku...Menggengam erat jemariku... Melangkah seiring denganku... Aku ingin mereka ada saat ini... Aku harapkan masa akan berlalu begitu pantas.. Semoga aku mampu lalui semua ini sehingga ke akhirnya... Semoga hati aku tetap tabah... Kuatkan semangat untuk lalui semua nie...

Monday, 20 June 2011

KENAPA EK....

kenapa hati kecil ini terlalu lemah tentang hati dan perasaan.. kenapa begitu susah aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati nie untuk dia... kenapa begitu payah aku canangkan rasa rindu pada dia... aku tahu aku banyak menyakiti hati dia....semakin aku mengelak untuk tidak melukai hati dia semakin itu hatinya terluka... apakan daya aku... maafkan sayang..sayang tak terniat melukai hati B.. kenapalah hati nie mudah sangat goyah... kenapa aku rasa kewujudan aku tak diperlukan lagi..ingin saja aku lari dari semua nie.. hati aku tak mampu menanggung keperitan nie lagi... aku tak ingin terus disini dan disakiti oleh orang-orang yang selalu cemburu dengan aku... terlalu sakit berada disini..semua orang punya teman sedangkan aku tergapai sendirian.. aku harus kuat..tetap harus kuat... tapi macam mana...

kenapa hati aku terlalu lemah... mana hilang tembok yang aku bina selama nie... mana hilang semangat aku...kenapa susah sangat aku nak kecapi kebahagiaan yang aku miliki...sudahlah aku kehilangan kasih seorang ayah..aku terlalu rindukan gurau senda dengan bapak aku..dulu akulah anak kesayangannya sekarang tidak lagi... aku benci pada adik-adik tiri aku.. diaorang yang rampas kasih sayang bapak aku.. aku tahu aku tak sepatutnya benci pada mereka..mereka tak bersalah tapi kewujudan mereka memusnahkan kebahagiaan aku... terasa sakit sangat bila ada yang mengata, memerli...  terasa aku tak mampu lagi menanggung semua nie.. kenapa hati nie terlalu mudah terpengaruh.. kenapa airmata nie sering saje menyusur laju dari kelopak mataku.. argh.. aku memang lemah bab macam nie... kenapa terlalu payah aku kawal airmata nie... kenapa dugaan yang aku terima begitu berat... apakah ini semua dari dosa-dosa aku yang lalu... tuhan kau kuatkan hatiku untuk terus percaya dengan apa yang kau utuskan buat aku... percaya yang apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

saat ini aku terlalu mendambakan kehadiran 2 insan yang selalu disisi aku..ingin sekali mereka ada disisi aku saat ini.. ingin aku tunjukan pada semua aku jua punya teman yang setia disisi aku.. aku punya kekasih yang selalu mencintai aku..aku punya sahabat terbaik  yang lebih baik dari sahabat mereka yang hipokrit.. aku tahu hanya mereka berdua yang menyayangi aku seikhlasnya.. perbezaan yang wujud sama sekali tidak membataskan hubungan kami... sungguh aku amat menyayanginya.. untuk melihat secebis senyuman dibibirnya sanggup ku redah segalanya... untuk meringankan beban yang dipikul sanggup aku harungi kepayahannya.. hanya untuk dia...kadangkala aku terlalu bodoh untuk menanggung perasaan rindu yang bersarang dihati..andai aku punya sayap ingin saja aku terbang disisinya..aku tak ingin dia berasa sendirian..aku ingin selalu ada disisinya... memeluk dirinya tatkala dia kesepian.. menyeka airmatanya... selalu ingin mendamaikan hatinya... aku tahu sebesar mana kasihku untuknya tak mungkin sama kasih seorang kekasih buatnya.. aku tak ingin dia merasa kekurangan itu... aku selalu berdoa semoga jodohnya antara orang-orang yang beriman...aku terlalu rindukan kehadirannya mereka disini... andai saja wujud doreamon di dunia ini sudah pasti aku pinta pintu kemana saja untuk memudahkan aku bertemu kekasih hati dan lucky star.. ya dialah bintang bertuah untuk aku miliki... terlalu banyak gelaran yang aku beri.. mula-mula my lovely sis selepas tue bidadariku @ my little angel dan sekarang MY LUCKY STAR...bintang yang selalu menghiasi hidup aku.. terlalu bersyukur aku dipertemukan dengan dia.. berkawan dan akhirnya wujud hubungan ini.. begitu payah aku meyakinkan dirinya tentang kasih sayangku untuk dia.. pelbagai cara aku lakukan untuk melembutkan hatinya...cara kasar ku guna cara halus jua dah aku buat.. tapi bukan mudah untuk merobohkan tembok yang dibina..akhirnya berkat kesabaran dan doa aku saban malam, hatinya lembut jua menerima aku... terkenang pula dengan kisah lama... betapa indahnya saat itu...

MY LUCKY STAR,
dirimu tahu sejauh mana rasa kasihku terbit untukmu,
selagi bulan menyinari malam selagi bintang setia menemani bulan begitulah diriku setia disisimu...
ingin menemani disetiap langkahmu,
tak ingin dirimu rapuh,
terasa sakit bagiku melihat airmatamu menitis,
tak ingin aku melihat dirimu menangis...
sungguh kasihku buatmu terlalu besar,
andai saja aku mampu mengukur rasa kasihku untukmu,
tapi mana mungkin rasa kasih ini diukur,
tak cukup dengan kata-kata kasihku padamu,
melihat dirimu tertawa riang itu terlalu besar untukku,
melihat dirimu bahagia itulah impianku...
setiap langkah kakimu terbit sejuta sayang untukmu,
aku terlalu merinduimu saat ini...
ingin saja aku berlari memeluk dirimu...
membelai dirimu untuk menyatakan rasa kasihku...
seikhlas hatiku aku menyayangimu...

Friday, 17 June 2011

AKU MENCINTAIMU.....

Sungguh aku amat menyayangi lelaki ini...kasihnya padaku tak pernah surut... sentiasa ada xkira betapa buruk layanan aku pada dia...aku tahu cintanya tulus buat aku... dirinya begitu teruja menanti kepulangan ku... walaupun aku balik bukan kerana dia...balik untuk ambik buku hanyalah alasan aku saja.. sebenarnya aku balik sebab nak jumpa kakak aku...terlalu rindukan dia... sanggup aku balik walaupun aku tahu memang penat lau balik 2 hari jew.. aku tahu dirinya terlalu rindukan aku... sedangkan aku tiada sekelumit pun perasaan rindu pada dia... tadi dia tanya aku boleh tak dia peluk aku...aku diam aje...aku tak ada jawapan untuk itu..bukan aku tak nak...keinginan hati kami sama... aku selesa bila dia manjakan diri aku... selalu tahu apa yang aku rasa... memang sejak aku balik arau layanan aku pada dia dingin... aku jua ingin memeluk diri dia... terasa ingin berada dalam dakapan dia... tapi aku takut terjeremus ke arah yang tak sepatutnya...itu yang terlalu aku takut.... terlalu banyak yang dia lakukan untuk aku...

Terasa sangat selesa bila ada kat rumah..walaupun sekejap cukup untuk aku hilangkan rasa rindu pada family... rasa macam tak nak aku balik arau tue... dah la panas terik... kawan pun tak ada..yang ada pun tahu ambik kesempatan aje.. tak sabar rasanya nak jumpa kakak aku... aku tempuh segalanya untuk dia.. aku terlalu sayangkan dia... dialah segala-galanya untuk aku..walaupun sakit hati aku, aku gagahkan diri aku untuk dia... kerana dia tak ada sesiapa yang memahami dirinya... aku tak nak biarkan dia sendiri... aku akan sentiasa temankan dia walaupun banyak halangan... memang kekadang aku sakit hati dengan mama.. tapi itu mak dia... aku tahankan semuanya untuk dia... aku tahu dia perlukan aku disisi dia... aku pendamkan semua rasa sakit yang aku rasa... aku akan tetap tabahkan hati nie untuk dia... semua yang aku lakukan adalah untuk dia...

Wednesday, 15 June 2011

DUHAI HATIKU............

Entah apa yang bersrang dihati...ingin aku luah tapi aku xmampu...pada siapa harus aku luahkan segala-galanya...bukan niat aku nak menyakiti hati dia... tak terniat langsung...aku xtahu kenapa setiap kali aku dengar suara dia perasaan benci yang datang...mana perginya rindu aku untuk dia...mana hilangnya sikap manja aku pada dia...sunnguh aku pun binggung... memang aku tak rindukan dia... selama aku kat sini tak pernah sekali pun aku rindukan dia..takkan lah aku nak bohong pada dia yang aku rindukan dia tapi sebenarnya tak...aku xmampun nak menipu... itu bukan diri aku... aku nie terlalu jujur..tue lah yang susah...bila aku rindu aku terus terang cakap aku rindu... bukan ego yang menguasai hati untuk tak mengakui perasaan nie tapi memang aku tak rindukan dia... nielah yang susah tentang aku..terlalu berterus terang..aku tahu sikap aku nie lah yang membuatkan orang selalu pinggirkan aku.. mungkin dia orang sakit hati dengan sikap berterus terang aku nie... bila aku rasa aku ingin luahkan perasaan aku pasti aku luahkan... kalau aku kata aku tak rindu memang tak la jawapannya... aku tahu dia terasa hati... tapi apa aku nak buat...memang hati aku tak fikirkan dia...

entahlah.... susah betula aku nak berdepan dengan dia... seakan-akan aku bencikan dia... puas aku bertanya pada hati aku... tapi aku masih belum jumpa jawapannya... nak kata aku ada orang lain hati aku tak pernah terpaut dengan yang lain...hanya dia... tapi kenapa aku bersikap dingin dengan dia.... mungkin juga aku tak ingin kusutkan fikiran aku tentang dia...mungkin jugak aku tak boleh berjauh dengan dia... tuhan kembalikanlah perasaan aku untuk dia...andai dia jodoh yang terbaik untukku tetapkanlah hati ini untuk dia...aku ttak ingin kehilangan dia...aku tahu cintanya tulus unutk aku...aku tak ingin menyakiti dia... sungguh tak terniat langsung untuk sakiti hati dia...

Hari nie aku rasa seronok sangat kat kelas...ngantok memang ngantok tapi aku paling suka kelas ETR... seronok sangat..asyik gelak2 aje... tapi 1 hal yang aku pelik..de sorang kawan aku nie dulu tak pernah plak baik ngan aku... pagi tadi aku bangun lambat so lambat la aku sampai kelas..kawan aku sorang nie mesej aku tanya aku masuk kelas tak...walaupun pelik aku balas gak mesej dia.. mungkin sebab dia nak pulangkan jawapan tutorial yang dia pinjam.. sebaik aje aku sampai kat kelas dia suruh aku duduk belakang dia..lagilah aku pelik...dia send mesej lagi..dia kata dia dah bookan tempat aku sebelah dia tapi kawan-kawan dia datang duduk kat situ.. aku perasan gak sejak akhir-akhir nie dia senyap je kat kelas.. selalunya dia dan geng dia la yang selalu mencetuskan suasana ceria dalam kelas...dan aku perasan gak yang diaorang datang kelas masing-masing.. bergaduh ke apa.. aku pun tak tahu..aku malas nak ambik tahu...ntahlah..aku tak kisah..selama nie xde orang duduk sebelah aku pun..aku selalu duduk sorang2...aku tak pernah kisah sebab aku dah biasa... aku selesa sorang2...apa guna de kawan tapi tikam belakang...depan jew baik belakang abis dikutuknya kawan2... aku dah pernah lalui semua nie... so aku lebih berhati-hati sekarang... kawan2 kat sini semuanya sekadar kawan.. cari aku bila nak mintak tolong... lau tak aku macam tak wujud jew..bila dah baik ngan geng lama aku tinggal sorang2.. sebab tue aku tak pernah ambik pusing pun..lantak diaorang la..aku tak pernah ambik kisah... kawan mintak tolong sedaya upaya aku tolong...niat aku baik... tolong kawan yang perlukan pertolongan.. mungkin sebab sikap aku nie lah aku senang dibuli... nak buat camne dah diri aku macam nie...terima kasih tuhan kerana jadikan aku seorang yang baik dan bertimbang rasa... 

pelik la aku dengan kawan2 aku nie... xabis2 nak bergaduh sesama sendiri..tue pasal la aku sorang2...aku lebih selesa macam nie... nak kemana-mana pun tak la kekok... bahagianya aku kalau kakak aku ada kat sini... xdelah aku sorang2... dialah teman terbaik untuk aku... yang menerima aku seadanya diri aku... terima kasih kak... dia je yang aku tahu sentiasa ada...sentiasa menyokong aku...aku sayang sangat2 kat dia... aku tahu kakak aku sorang jew yang takkan tinggalkan aku...

Sunday, 12 June 2011

SOMETHING SPECIAL

Hari nie aku rasa penat sangat..Dah la xcukup tidur.. malam tadi aku xdapat nak tidur... entah la aku pun tak tahu kenapa... perut aku rasa sakit sangat...mungkin salah makan kot... dah la pening kepala... memang teruk ar keadaan aku malam tadi... sampai aku menangis tahan sakit...masa tue aku rasa cam masa aku dah sampai.. aku jerit dalam hati tuhan janganlah kau ambik nyawaku... aku masih ingin hidup..berkali-kali aku suarakan..semakin aku meronta semakin sakit aku rasa... sampai satu saat aku berserah...tuhan kau ambiklah nyawaku... aku redha tuhan jika ini kehendakmu... lepas tue baru aku dapat lelap... itupun tak lena... bila aku bangun pagi tadi aku bersyukur aku masih lagi hidup...terima kasih tuhan...



Induksi bersama part 1 sangat seronok.. walaupun kami terpaksa handle junior yg jumlahnya lagi ramai dari kami.. hampir 6 kali ganda jumlah kami... ape-ape pun aku bersyukur akhirnya lepas sudah program nie... banyak yang aku tak puas hati sebenarnya... yelah tanggungjawab diaorang aku yang kena uruskan..pastue salahkan aku... padan la ngan muka sendiri... sapa suruh lepas tangan... lebam kat tangan aku masih belum hilang lagi... sakit kepala aku makin menjadi-jadi.. mungkin sebab kena hujan tadi... sayangnya kami tak dapat nak habiskan aktiviti dengan sempurna... tiba-tiba jew hujan lebat... terpaksa kami singkatkan semuanya... apa-apa pun aku memang enjoy program nie walaupun sakit hati...


inilah video yang aku buat khas untuk kakak kesayangan aku... semalaman aku buat nie... walaupun simple jew tapi lagu tue banyak maknanya buat aku... buat akak, adk harap akak enjoy ngan video nie... sowielah adk wat yang ringkas jew... hope you will like it k... lagu ini adk tujukan buat akak...satu-satunya kakak yang adk punya dalam dunia nie... satu-satunya kakak yang adk nak selama adk hidup... terimalah video nie...nanti ade masa adk buat lagi special dari yang nie... ok... enjoy it... i love you so much... MY LITTLE ANGEL

Friday, 10 June 2011

AKU SAYANG PADAMU.........

Ungkapan sayang terbit dari bibir saat aku bertemu denganmu,
Aku mengucap syukur kepada tuhan kerana mempertemukan kita,
Walaupu pada hakikat kita jauh berbeza,
Namun sayang tak kira usia jua bangsa,
Kasih yang lahir dari hati yang ikhlas,
Membuatkan hidup terasa bahagia,
Punya dirimu dalam hidupku,
Melengkapi ruang yang kekosongan,
Dikau temanku yang setia disampingku,
Dikau sahabatku yang selalu menyokongku,
Dikau lah yang terbaik,
Yang paling ku sayang...

Saat ini memisahkan kita,
Masa sentiasa mencemburui kita,
Aku jauh darimu namun setiap saat ku rasa dirimu begitu dekat denganku,
Aku ingin ada disisimu,
Memeluk dan membelai dirimu,
Sungguh AKU SAYANG PADAMU,
Seikhlas hatiku....

AKU SAYANG PADAMU,
Ungkapan yang selalu menutur dibibirku,
Setiap saat aku merinduimu,
Ingin selalu ada dihatimu,
Hanya satu pintaku
Jangan lupakan aku...
kerana  AKU SAYANG PADAMU...
TERLALU MENYAYANGI DIRIMU.....