Wednesday, 1 February 2012

kekosongan yang aku rasai saat ini...

Jauh di sudut hati aku, terasa ada kekosongan.. aku sunyi.. tiada teman utk aku luahkan apa yang terbuku.. dia semakin jauh dari aku. kemesraan semakin hilang.. aku mencari dimana silapnya.. kekadang aku cuba utk pulihkan semula semuanya tapi semakin lama semakin aku tak tahu macam mana lagi nak pulihkan semua nie.. aku cuba utk jadi insan yang dia inginkan tapi aku tak mampu.. aku ingin ada disaat dia perlukan aku.. jadi teman utk dia luahkan apa yang terpendam dalam hati dia. sebagaimana dulu aku menjadi sandaran buat dia.. kini aku sendiri keliru.. siapa aku pada dia.. walaupun berkali- kali fikiran aku meragui, berjuta kali hati aku menafikan... aku sayangkan dia.. sangat-sangat sayangkan dia... aku cuma ingin ada disisi dia.. tunaikan impian dan cita-cita dia... hanya itu yang aku inginkan.. dan 1 lagi impian aku, adk aku yg bakal lahir nie, aku nak dia berjaya.. aku akan jaga dia macam bidadari.. tak sabar rasanya menunggu kehadiran dia nanti... 

Wednesday, 21 December 2011

Hinakah sangatkah aku????

aku nekad 31/12 ialah hari terakhir aku berada disini.. walau apapun yang jadi aku tetap akan pergi dari sini.. semakin lama aku berada disini, semakin hati aku terluka..semakin dalam hati aku dihiris..aku dah tak sanggup.. biar ajelah aku yang pergi asalkan dia bahagia.. tak ingin aku jadi beban untuk dia.. walaupun sayang aku pada dia terlalu besar..aku memang bukan orang yang baik. bukan adk yang baik bukan anak yang baik.. aku nie jahat.. aku ambik rokok, arak..satu jew yang tak pernah aku sentuh.dadah.. kini aku hilang segalanya... apa yang aku punya.. tapi tak adakah ruang dan peluang untuk aku berubah sebelum mak aku tahu segalanya.. aku tak nak mak aku tahu.. aku tak nak hati dia terluka.. cukup lah dengan perangai bapak aku.. aku cuma mintak peluang untuk aku bahagiakan mak aku dan kakak aku.. selepas itu apa nak jadi pada aku, aku dah tak kisah... cukup aku dapat tengok mak aku hidup senang..kakak aku bahagia dan semua impiannya tercapai.. hanya itu yang aku nak..aku tak kisah aku hidup susah..tak kisah pun bila semua impian dan cita-cita aku tak tercapai kerana bagi aku, aku bahagia bila aku dapat buat orang yang paling aku sayang dan yang paling penting dalam hidup aku bahagia..

aku mencari peluang untuk berubah.. aku tak nak kembali pada aku yang dulu.. jika tiada peluang untuk aku, macam mana aku nak berubah... hina sangat kew aku nie.. hina sangat kew orang yang tak punya agama dalam hidup dia.. ya tuhan, kuatkan hatiku, teguhkan imanku...

Saturday, 17 December 2011

berkorban apa saja

demi dia, demi kasih sayang aku pada dia, demi janji aku pada dia, aku lepaskan peluang di depan mata.. peluang untuk aku bina kerjaya aku..masa depan aku.. demi dia, sanngup aku lepaskan peluang yang sudah terang depan mata aku.. peluang aku untuk membuktikan pada orang yang selama nie pandang rendah pada aku.. yang mengatakan aku bergantung pada kakak aku.. peluang aku untuk bukak mata-mata manusia yang pandang aku nie macam sampah.. xde kew peluang aku untuk berubah.. ntah la.. hati manusia tak siapa tahu.. hilang peluang aku untuk bina kerjaya aku.. aku tak menyesal.. tapi aku kecewa.. peluang sudah ada di depan mata tapi aku tak mampu nak capai.. aduhai.. tuhan cubaan apa lagi yang engkau berikan... terima kasih untuk cubaan ini tuhan..

Friday, 16 December 2011

tak tahu nak cakap

semakin hari semakin aku ingin pergi jauh.. kalau niat ikhlas nak menolong tak perlu mengungkit. tak perlu mintak2.. tak perlu merungut.. kekadang aku tak paham , apa niat diaorang bawak aku datang ke sini.. ntah la .. hati manusia susah nak diramal.. pada mulanya aku datang, hanya untuk jaid teman kakak aku bila dia susah. bila dia bersedih.. sekurang-kurangnya aku ada disisi dia.. tapi sekarang aku tak nampak kat mana tujuan aku ada kat sini. apa tujuan aku.. ntah la.. rasa kosong sangat hidup aku.. dah hilang semua tujuan, impian aku.. kat mana silapnya pun aku tak tahu.. aku tahu dia paling tak suka orang yang mungkir janji.. aku akui aku mungkiri janji aku pada dia.. tapi aku buat semua tue, cuma inginkan perhatian dari dia.. hanya itu satu-satunya sebab aku buat macam tue.. perhatian yang selama ini aku impikan dari dia.. apa pun yang berlaku, hati aku tetap sayangkan dia. terlalu besar sayang aku untuk dia.. tak pernah berubah.. walaupun dia pentingkan diri sendiri, aku tak pernah kisah kerana bagi aku dia segalanya.. hanya dia yang selalu menjadi kesayangan aku.. aku akan tunaikan impian dia.. itu janji aku pada dia.. janji aku pada diri aku sejak aku kenal dia.. semoga tuhan berkati dan tunjukkan jalan untuk niat ikhlas aku buat dia.. aku sayang dia..selamanya hanya dia kakak aku..

Thursday, 15 December 2011

masalah datang lagi...

tak aku sangka selama nie, kak mas songsang orangya..luarannya perempuan tapi jiwanya lelaki..patutlah selama nie,bila aku datang kerja jew, pasti ada kesan love bite kat leher dia.. nak bertanya takut plak, aku diamkan aje.. Aku rasa pelik kenapa kak mas benci sangat dengan lelaki dan dia sangat menghargai kecantikkan yang dimiliki seorng perempuan. rupanya ini rahsia yang dia sembunyikan dari aku.. ya tuhan dugaan apa lagi yang engkau berikan kali nie.. patutlah kak zie cemburu bila aku rapat dengan kak mas.. sekarang nie, kak zie plak yang bergaduh dengan aku.. sakit kepala..rasa nak lari balik kampung..lagi tenang hidup aku.. bila aku nak berhenti, kak zie suruh aku kerja. at least pun sampai urusan kak mas untuk anak dia settle..so aku dah janji nak berhenti lepas kak mas settlekan hal anak dia.. cukup bulan nie,aku balik kampung.. kakak aku pun dah halau aku.. lebih baik aku balik dari aku terus keruhkan keadaan.. dan aku tak nak terus ada kat sini.



kalau dulu, aku lah sandaran untuk dia, kini aku tak tahu mana kedudukan aku..adakah aku masih adk dia @ cuma sampah bagi dia.. ntah la.. puas aku mencari kat mana silap aku.. sampai sekarang aku masih belum jumpa.. kenapa semua nie harus terjadi antara aku dan dia.. sayang, berat hati aku untuk melepaskan. aku cuma berharap, ada ruang dan peluang untuk aku perbetulkan semuanya.

Wednesday, 14 December 2011

untuk satu-satunya kakak kesayanganku...

Akak, adk mintak maaf..adk sygkan akak..sampai bila-bila pun hanya satu kakak adk..akak.. kerana akak adk masih ada harapan untuk hidup. kerana akak adk ada hala tuju..tanpa akak hidup adk umpama layang-layang terputus talinya.. kenapa aka buang adk??? teruk sgt kew adk nie pada pandangan mata akak..adk tahu akak sayangkan adk..tolong kak jangan buat adk macam nie.. adk perlukan akak... maaf adk jadi beban untuk akak... adk tak nak jadi beban untuk akak, adk cuma nak kurangkan beban akak, adk tak mampu nak lepaskan akak.. adk berusaha untuk melepaskan akak.. sedang berusaha melepaskan akak... jangan seksa jiwa adk kak.. adk tak mampu hidup tanpa akak. adk tak mintak akak pulangkan apa yang pernah adk bagi pada akak.. adk ikhlas.. adk halalkan semuanya.. tak perlulah akak nak pulangkan semuanya.. adk buat semua nie kerana sayang.. tak apalah adk berkorban..untuk akak.. apapun adk sanggup buat.. adk pernah berjanji bencilah akak pada adk sejauh mana pun, layanlah adk seburuk mana pun, adk takkan berganjak seinci pun dalam hidup akak.. larilah jauh mana pun, adk tetap akan kejar akak.. sampai adk mati, adk takkan pergi dari hidup akak.. adk tahu adk perlukan akak dan akak perlukan adk.. selagi impian akak tak tercapai selagi itu adk ada untuk akak.. adk akan tetap ada disisi akak.. kalau betul akak nak adk pergi jauh, adk akan pergi. tapi kalau akak perlukan adk, akak tahu mana nak cari adk.. bila masa akak perlukan adk, adk pasti ada untuk akak. tak kira bila masanya, kat mana adk pasti akan ada untuk akak.. hanya akak satu-satunya yang paling adk sayang.. sapa pun takkan dapat ganti akak dalam hidup adk. satu-satunya kesayangan adk sampai adk mati. adk mintak maaf. adk tahu adk bukan adk yang baik.. adk mintak maaf.. hanya kemaafan yang adk mintak pada akak.. ingat pesan adk, adk tetap sayang akak sampai adk mati.. sayang yang teramat sangat.. beri peluang pada adk.. adk tunggu jawapan dari akak.. selama mana pun adk tetap tunggu akak. thanks for everthings...

Monday, 12 December 2011

aku tak tahu kat mana silap aku.. dari hari ke hari aku mencari dan terus mencari dimana silap aku.. semakin aku mencari semakin aku buntu. dan akhirnya aku kembali ke diri aku yang dulu.. aku mula ambik rokok.. setiap saat yang berlalu aku fikir, aku kaji, aku cari kat mana salah aku.. adakah aku terlalu beri perhatian pada orang lain sedangkan aku buat macam tue untuk belajar melepaskan dia.. hilang sudah semuanya... segala kemanisan dalam hubungan kami.. aku tak tahu kat mana silap aku.. kenapa dia buat aku macam nie. aku rasa diri aku terlalu hina buat dia.. terasa aku bagai sampah.. aku belajar untuk melepaskan dia.. bukan ingin melukakan hati dia... aku masih perlukan dia.. sampai selamanya aku perlukan dia... aku perlukan dia sebagai teman.. kekadang aku terlalu rindukan dia.. bila aku kenang balik saat terakhir aku dan dia keluar bersama,itu aje kenangan yang tinggal.. aku tatap balik semua gambar aku dan dia.. aku terlalu rindukan senyuman dia... ketawa dia... sungguh jiwa aku terseksa.... sangat terseksa.. kekadang bila aku ambik balik rokok, rasa bersalah timbul dalam hati...kerana dia aku berhenti ambik rokok kerana dia jugak aku kembali ambik rokok... aku lebih rela mati dari aku kehilangan dia... lebih baik aku mati...